Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Julai 2011

Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ ikon, sumber inspirasi wanita

KUALA LUMPUR: Malaysia ibarat kehilangan sebutir permata yang berharga berikutan pemergian Allahyarhamah Dr Lo’ Lo Ghazali yang telah banyak menyumbangkan jasa dan pengorbanan untuk rakyat negara ini.
Kerajaan Selangor menyifatkan kehilangan Ahli Parlimen Titiwangsa itu sebagai kehilangan besar kepada negara, khasnya golongan wanita.
“Kehilangan beliau sudah pasti akan dirasai. Ini kerana beliau menjadi sumber inspirasi khususnya kepada wanita dengan keikhlasan dan keberanian memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat serta menyatupadukan ummah,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut Khalid, Allahyarhamah menunjukkan sikap dan tauladan seorang pemimpin Muslimat yang baik dan melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya dengan penuh tanggungjawab.
“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin berkata, pemergian Dr Lo’ Lo’ Ghazali merupakan kesedihan yang amat besar buat seluruh pimpinanPakatan Rakyat dan wanita seluruh negara.
“Pemergian beliau adalah kehilangan permata dan ikon besar dalam legasi politik wanita negara.
“Demi Rakyat, semua rakyat Parlimen Titiwangsa harus mencontohi meneruskan perjuangan Dr Lo Lo menegakkan keadilan dan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat,” kata Zuraida.
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia, (AMK) Syed Badli Shah Syed Othman dalam ucapan takziahnya berkata, perjuangan Allahyarhamah memperjuangkan nasib penduduk Kampung Baru dibuat dengan komitmen yang tinggi, walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak stabil.

“Jasa dan pengorbanan Allahyarhamah terutama dalam membela nasib warga Kampung Baru tidak akan dilupakan. Kehilangan beliau ibarat gugurnya sebutir permata yang bersinar,” kata Syed Shah yang merupakan anak jati Kampung Baru.
Dr Lo’ Lo’ Ghazali menghembuskan nafas terakhir pada hari Ahad 17 Julai 2011 kira-kira jam 10.15 malam di Hospital Selayang kerana penyakit barah paru-paru.
Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak yang terdiri dari dua lelaki dan dua perempuan.
Keluarga bersama ribuan penyokongnya menyempurnakan jenazahnya di Masjid Al-Akram dengan solat jenazah diimamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Datuk Keramat.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....