Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 18 Julai 2011

Keluarga Baharuddin Terus Gesa Prosiding Khas Siasat Kematian Allahyarham

 Peguam Ahmad Jufliz Faiza, disamping keluarga Allahyarham menuntut prosiding khas dilakukan bagi menyiasat punca kematian

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad menuntut satu prosiding khas bagi menyiasat kematian beliau dalam tempoh tujuh hari bermula dari tarikh laporan polis yang dibuat, semalam.
Menurut peguam mewakili keluarga, Ahmad Jufliz Faiza, tindakan itu diambil ekoran pihak keluarga kesal dengan kenyataan polis bahawa mangsa meninggal dunia kerana serangan jantung, sedangkan laporan bedah siasat tidak didedahkan.
“Kami telah membuat laporan polis semalam, dan memohon agar satu prosiding khas bagi siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat.
“Peguam sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini,” kata Jufliza ketika sidang media di Setapak di sini hari ini.
Sementara itu, balu Baharudin, Rosni Malan yang masih bersedih dengan pemergian arwah suaminya mempersoalkan tindakan polis mengeluarkan kenyataan berhubung kematian allahyarham tanpa persetujuan keluarga.
“Sehingga hari ini kami sekeluarga masih belum mendapatkan laporan awal rasmi post mortem mengenai status kematian beliau.
“Kami amat hairan kerana kami tidak dibekalkan laporan rasmi awal post mortem tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan kami sekeluarga,” kata Rosni.

Tiada ucapan takziah dari polis, kerajaan

Selain itu, beliau melahirkan kekecewaannya kerana sehingga hari ini masih tiada ucapan takziah daripada polis mahupun kerajaan.

“Ini menunjukkan tidak ada langsung sensitiviti mereka ke atas kematian arwah Baharudin Ahmad,” ujarnya yang terharu dengan sokongan dan simpati yang ditunjukkan Sekretariat Bersih 2.0 dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama, abang sulung arwah, Kassim Ahmad menyuarakan iltizam beliau untuk terus menyambung perjuangan Baharudin dalam menuntut demokrasi yang lebih baik di Malaysia.
“Kematian beliau menjadi satu semangat baru kepada saya untuk terus menyambung perjuangannya supaya demokrasi yang ada sekarang boleh ditukar kepada demokrasi yang lebih baik,” kata Kassim.
Baharudin Ahmad, 59 meninggal dunia pada hari perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu ipercayai akibat serangan ganas gas pemedih mata oleh pihak polis.
Polis menyatakan Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian Allahyarham masih menimbulkan tanda tanya kerana mangsa dikatakan mengalami kecederaan patah tulang rusuk, patah gigi dan cedera di bibir.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....