Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Mac 2011

Tandas Awam Bertaraf 'Banglo' Di Melaka


Kerajaan negeri Melaka didakwa melakukan pembaziran apabila menaiktaraf dua buah tandas awam di Taman Botanikal Melaka yang terletak di Ayer Keroh sehingga menelan belanja hampir RM200 ribu.

Kos berkenaan juga dianggap tidak masuk akal kerana harganya hampir menyamai banglow dua tingkat iaitu kira-kira RM190,000.

Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, jumlah berkenaan dilihat amat tidak munasabah dan terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kerja-kerja yang dijalankan ke atas tandas awam berkenaan.

Beliau mendakwa, selepas melakukan penilaian sebenar bersama kontraktor mendapati, hasil kerja kedua-dua tandas berkenaan, sebenarnya hanya melibatkan perbelanjaan tidak sampai RM120,000.

"Lagipun, selepas melihat kerja-kerja naiktaraf tandas ini, ia dilaksanakan tidak begitu memuaskan. Lihat sahaja sebahagian alang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung juga didapati telah retak.

"Justeru, saya mahu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menjawab hal ini supaya tidak timbul tanda tanya terhadap masyarakat," katanya.

Jelasnya, kos RM199,800 untuk menaiktaraf kedua-dua tandas awam berkenaan juga adalah jawapan yang diberikan kerajaan kepada soalan bertulisnya semasa sidang
DUN Melaka baru-baru ini.

Katanya, dalam jawapan berkenaan, beliau dimaklumkan, antara lain, kos berkenaan membabitkan kerja dalaman dan luar tandas, termasuk menukar pintu dan kelengkapan sanitari, menukar sinki, memperbaiki sistem perpaipan dan kemasan dinding serta mengecat seluruh bangunan tandas berkenaan.

"Harga yang digunakan untuk menaiktaraf dua tandas ini sudah cukup untuk membeli sebuah rumah dua tingkat yang biasanya berharga sekitar RM190,000.TVS

2 ulasan:

nangome berkata...

bukan duit mak bapa dia walu berapa ratus ribu atau juta duit kerajaan dapat juga komisyen

Tanpa Nama berkata...

Ini semua duit yang Ali Rustam pinjam dari Kerajaan Pusat.Sila buka buku Ketua Odit Negara dan tengok berapa juta Melaka pinjam dari Kerajaan Pusat dan berapa banyak pulak dia bayar balik.Orang Melaka jangan tak tau,kalian semua banyak berhutang dengan Kerajaan Pusat akibat melayan selera Ketua-Ketua Menteri kalian.Cuba jawab,apa ada hasil dari Melaka? Cencalok?Belacan?Dodol?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....