Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 Februari 2011

Pelajar Malaysia Cerita Detik Cemas Ketika Meninggalkan Mesir

SHAH ALAM 5 FEB: Perkembangan terkini di Mesir menyaksikan kumpulan pelajar Malaysia berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir ke sini telahpun dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat bermula kelmarin.
Pegawai operasi bilik gerakan Pertubuhan Sukarela Briged Amal Selangor Ustaz Mohd Firdaus Misnan berkata sebanyak dua penerbangan akan dilakukan setiap hari bermula Khamis lalu sehinggalah kesemua pelajar Selangor yang berada disana dibawa pulang.
"Penerbangan yang pertama pada hari Jumaat, semalam 4 Februari, jumlah pelajarnya 37 orang, bertolak 7.50 malam waktu Mesir kemudian tiba di Jeddah pada pukul 11.10 malam waktu Mesir, kemudian penerbangan kedua, jumlah pelajar 125 orang bertolak pada pukul 3.50 pagi waktu Mesir dan baru tiba pada pukul 6 pagi waktu Mesir," katanya.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya membawa keluar lebih 200 pelajar ke Jeddah dan hari ini merupakan hari terakhir membawa keluar pelajar-pelajar ini dari Mesir.
Sementara itu, Tv Selangor berjaya menghubungi Kamarudin Ismail, salah seorang pelajar Malaysia yang berada disana sempat berkongsikan pengalamannya ketika mengharungi saat genting di Mesir sebelum dikeluarkan ke Jeddah.
"Keadaan masih terkawal cumanya masa peringkat mula-mula rusuhan itu berlaku hari Jumaat , rumah saya pada hari Sabtu tu di masuki perompak tetapi dia menyamar sebagai polis, dia ada dua orang jadi kami pun akurlah kerana dia kata nak buat spot-check , jadi macam-macam yang dia minta, dia check semua barang, dia geledah satu rumah, dia minta duit , nak hand phone, lepas tu dia minta VISA.
"Kita ingat dia nak VISA passport rupa-rupanya dia nak VISA card," jelasnya.
Pihak berkuasa yang sepatutnya mengawasi keadaan juga tidak lagi berfungsi dan menjejaskan keselamatan pelajar.

"Kami cuba nak hubungi polis tapi waktu tu polis mula dah takde. Akhirnya kami berjaya keluar dari rumah dan dikejar. Waktu itu, dia (perompak) pegang sahabat saya dan dia keluarkan pisau dan saya hampir ditikam ketika itu," ceritanya lanjut.
Tambahnya, pelajar-pelajar ini juga menghadapi kesukaran untuk ke lapangan terbang kerana dihalang oleh penunjuk-penunjuk perasaan pro kerajaan.
" Semalam dalam perjalanan untuk ke airport dalam pukul 10 pagi kami, kami ditahan oleh sekumpulan penyokong-penyokong Hosni Mubarak kerana tempat yang kami tinggal ialah tempat kelahiran Hosni Mubarak," katanya.
Ketika dihubungi tadi, Kamarudin masih berada di Lapangan Terbang Cairo dan masih menunggu sebelum dapat berlepas ke Jeddah. Juga difahamkan lapan lagi pelajar Selangor terkandas sebelum dapat dibawa ke Kaherah.TVS

1 ulasan:

Norham berkata...

Semoga Allah selamatkan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Dpd http://Kembar seiras.blogspot.com

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....