Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 26 Disember 2011

PRU 13 : Pemimpin Umno Dakwa Negara Mundur Jika Guna Dakwat Kekal


KUALA TERENGGANU – Di negara yang sudah membangun seperti Malaysia sepatutnya tidak perlu guna dakwat kekal.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Terengganu, Rozi Mamat berkata, kaedah yang lebih maju perlu dipraktikkan dalam proses pengundian di negara ini dan bukannya menggunakan dakwat kekal yang dianggap terkebelakang serta hanya digunakan negara kurang membangun.

“Pada saya, kita perlu lihat satu langkah ke hadapan. Tengok kesesuaian dalam negara memandangkan sekarang anak muda yang ramai mengundi. Lagipun, sistem dakwat kekal dilihat terkebelakang sebab negara maju sudah tidak guna, India gunalah,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Mengulas soal keadilan dalam kaedah sistem pilihan raya yang digunakan ketika ini, beliau menganggap isu keadilan tidak timbul sama sekali kerana semua pengundi diberi ruang untuk mengundi.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu mengundi dua kali yang ditimbulkan pembangkang dilihat cuba mengaburi pengundi di negara ini bagi menggambarkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak telus.

Sehubungan itu, katanya, pembangkang lantang membawa isu penggunaan dakwat kekal yang dikatakan lebih adil walaupun menegaskan sistem sedia ada tidak menipu mana-mana pihak.

“Soal ketidaktelusan tidak timbul tetapi itulah yang dibangkitkan pembangkang dengan mengaitkan pe-ngundi mengundi dua kali. Ini tidak berlaku. Begitu juga pengundi hantu yang dibangkitkan pembangkang, kalau menang tidak pula bersuara,” katanya.Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan SPR untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang enggan memaklumkan sumber negara ia diimport berkata, dakwat kekal itu telah digunakan di negara luar bagi memastikan piliahn raya berjalan lancar.

Rozi yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu berkata, beliau menerima keputusan tersebut sekiranya telah ditentukan SPR.SH

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Alasan yang tak masuk akal.Takkanlah negara jadi kuno dengan menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya. Amerika negara super maju pun kira undi secara manual, tak guna komputer, kerana nak tunjuk telus, dan mereka takde pun  jadi mundur.

Kalau sistem pilihanraya Malaysia takde penipuan,yang pemimpin Umno duk berdolak dalih tak tentu pasal kenapa.Kalau tak menipu apa yang nak ditakutkan.Teruskanlah,atau ada udang disebalik batu...

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....