Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 Disember 2011

Penghormatan bersejarah buat Sultan Abdul Halim

ALOR SETAR, 12 Dis: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang akan melaksanakan amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula adalah sebagai satu penghormatan bersejarah kepada baginda.
“Sesungguhnya, penghormatan bersejarah bagi kali kedua kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan ini, adalah satu kebanggaan bagi patik-patik sekalian dan patik berdoa agar Ke Bawah Duli Tuanku berdua, sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Istiadat Perlantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di sini, pagi tadi.
Sehubungan itu, beliau yang mewakili semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta seluruh rakyat dengan penuh hormat dan takzimnya menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikann Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 itu.
Bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri yang tercinta itu terus kekal dan terpelihara, beliau mewakili kerajaan negeri, kakitangan awam dan rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri terus terjamin.
“Agenda kerajaan negeri bagi menjamin kebajikan rakyat akan terus didokong, hubungan baik kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat  di negeri ini,” ujarnya.
Pastinya, kata beliau pesanan serta pandangan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan dan panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri.

Beliau dan seluruh hamba turut berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan dan mempermudahkan segala urusan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Yang di-Pertuan Agong serta mendapat hidayah-Nya.
Pada istiadat tersebut, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah melantik satu Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang terdiri daripada adinda baginda, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah; dan anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.
Tunku Annuar dilantik sebagai pengerusi Jemaah Pemangku Sultan.
Upacara mengangkat sumpah semua anggota jemaah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim dan Sultanah Haminah Hamidun.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....