Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 17 November 2011

Video : Guru Besar Terlampau,Maki Guru Pro Pas Depan Ibu Bapa


Ucapan cikgu Abdul Halim yang telah berjaya dirakam


SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.BO

4 ulasan:

TaTJ berkata...

Royak dio...mung to jenih cikgu hok ngor, bukan sajo bodoh xleh nilai hok mana baik&buruk...baik letak jawatan sbb ramai golongan hok cerdik buleh jadi cikgu...xpayoh dok bodoh ore lainlah kalu kita sendiri hok bodoh dok sokong b-end dulu, kini & selamanya...dunia nampok hebatlah mung, akhirat belum tentu boh...dok sokong toghut dulu, kini & selama2nya...

IbnAbdHalim berkata...

Setahu aku, cerdik pandai yang ada ijazah dan PhD, apabila masuk UMNO habis jadi macam kanak-kanak tadika apabila bercakap. Apabila komen sesuatu perkara, membuat komen bodoh. Kalau bercakap fasal agama bercanggah dengan syarak.

Tanpa Nama berkata...

Inile jenis guru bsr kaki bodek yg tak sedar diri...dia ni yg bodoh tak tau bahawa negara ni mengamalkan sistem demokrasi...rakyat berhak nak pilih dan sokong parti politik mereka....bukan jadi bodoh macam guru besar ni...Dia nak sokong BN itu dia punya pasal.....Tapi kena hormat hak org lain.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya dia meletakakan dirinya lebih bodoh dari mereka yang didakwa.kalu aku jam tu juga aku ajak dia debat ngan aku sapo lebih bodoh masuk Pas ke Be eNd.nasib mu meme baik aku xdak situ.bukan aku nak takbur tp aku tahu sbb aku dulu lagi pada mu dok dalam Umno,kalu takat guru besar padan ngan aku hak ngaji sekolah rendah jah.dari situ ore dah nampak beza cerdik pas dari umno,puihhh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....