Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 30 Oktober 2011

PRU 13 : Kajiselidik Istiqlal Center Menunjukkan Pakatan Rakyat Terus Perintah Kedah

Kajiselidik oleh Istiqlal Center

Saya diminta membuat analisis terhadap hasil kajiselidik yang dibuat oleh kumpulan pelajar IPT yang menggelar kumpulan mereka sebagai Istiqlal Center. Kajiselidik rambang yang dibuat di seluruh negeri Kedah memberi keputusan bahawa Pakatan Rakyat masih mampu mempertahankan kerajaan di negeri ini dengan kedudukan 23-13. Secara populariti PR masih disokong oleh 48.8 %, BN 39.4% manakala 11.8% tidak membuat keputusan.

Saya menghormati apa saja keputusan kajiselidik yang dibuat oleh mana-mana pihak pun tetapi tidak dapat menerimanya sebagai bayangan keputusan yang bakal dicatatkan dalam pilihanraya nanti. Pertama, trend terkini peratus golongan yang tidak membuat keputusan dari awal semakin bertambah.
Mereka kebanyakannya terdiri dari golongan muda yang tidak taksub kepada mana-mana parti politik. Kedua, perubahan sikap berlaku sangat pantas mutakhir ini. Ia macam pergerakan indeks bursa saham. Dalam masa sebulan, keputusan berbeza boleh diperolehi. Ketiga, kajiselidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat.

Semua masih ingat PRU12 di mana BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan tumbang di lima negeri. Sewaktu Pak Lah sebagai PM memilih tarikh pembubaran Parlimen, beliau tentu meneliti pelbagai keputusan dan analisis dari kajiselidik yang dijalankan. Semua kumpulan penyelidik tersebut tentulah professional. Mustahil Pak Lah akan membubarkan Parlimen jika kajian yang dibuat menunjukkan BN akan kalah teruk.

Maknanya Pak Lah telah membubarkan Parlimen sewaktu pelbagai pentunjuk yang sampai kepadanya menunjukkan bahawa BN akan menang besar ataupun setidak-tidaknya menang 2/3. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebuah badan penyelidikan professional mendedahkan bahawa perubahan sikap rakyat berlaku dengan ketara 3 hari menjelang hari pembuangan undi. (Peningkatan sokongan untuk PR).

Kajiselidik rambang tidak akan menggambarkan realiti selepas pemilihan calon dibuat kerana sikap pengundi mungkin lebih memihak kepada parti yang didokong sewaktu kajiselidik dibuat. Misalnya orang PAS akan sokong PAS dan orang UMNO akan sokong BN. Namun apabila calon dikemukakan, sikap mereka boleh berubah selepas itu. Hal ini berlaku dengan ketara dalam UMNO dan akan terus berlaku dalam PRU13 nanti.

Individu yang tidak terpilih bersama kumpulannya akan melakukan sabotaj terhadap calon yang dipilih. Mereka tidak berniat untuk mengkhianati parti sebenarnya. Apa yang dilakukan ialah mempastikan saingan mereka kalah dan peluang untuk mereka menjadi calon di masa depan masih ada. Jika sekali saingan mereka terpilih jadi YB, maka akan berakar umbilah dia di situ sampai bila-bila.

Dengan mengandaikan keputusan yang diperolehi oleh Istiqlal Center (PR23, BN13) sebagai asas maka saya yakin keputusan berbeza akan diperolehi selepas calon dinamakan nanti.

Pungutan pendapat secara rambang yang dibuat oleh Istiqlal Center BN akan menang di Kuah, Air Hangat, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kota Siputeh, Ayer Hitam, Pedu, Kuala Nerang, Bukit Lada, Sungai Tiang, Belantek, Jeneri dan Bayu. PR akan menang di Bukit Pinang, Derga, Anak Bukit, Pengkalan Kundor, Kubang Rotan, Alor Mengkudu, Kota Darul Aman, Bakar Bata, Tokai, Sungai Limau, Guar Chempedak, Gurun, Tanjung Dawai, Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Bakar Arang, Sidam, Kupang, Kuala Ketil, Lunas, Merbau Pulas, Kulim dan Bandar Baharu. Pola sokongan menunjukkan PR selesa di kerusi yang terdapat pengundi campuran. Maka tidak pelik kalau Datuk Ahmad Bashah pun dijangka kalah di Bakar Bata yang mempunyai 30 peratus pengundi bukan Melayu.11.8 peratus pengundi yang tidak berpihak adalah tinggi. Saya yakin majoritinya golongan muda. Masalah bagi BN ialah kerana orang muda tidak berminat mendapat maklumat dari TV3 dan Utusan Malaysia. Mereka lebih ghairah dengan maklumat dari media kedua atau internet.

Kajiselidik barangkali tidak menemui pengundi pos yang bertambah dengan mendadak dan luarbiasa dalam DUN Tanjung Dawai. Maka apakah Tanjung Dawai masih boleh dimasukkan dalam kelompok kerusi PR? Biarlah diandaikan ia berada dalam kelompok BN.

Bukit Lada dan Ayer Hitam, PRU12 pun adalah kerusi yang dijangka dimenangi BN. Tapi mereka tewas juga. Percayalah siapa pun yang menjadi calon BN di kedua-dua kerusi tersebut akan menghadapi cabaran dari rakan-rakan separti mereka sendiri. Sebenarnya bagi BN, terdapat dua lagi kerusi yang bakal mengalami nasib yang sama iaitu Kota Siputeh dan Kuala Nerang, yang dimasukkan dalam kelompok BN. Untuk kali ini, insya Allah Bukit Lada dan Ayer Hitam kekal di tangan PAS manakala Kuala Nerang dan Kota Siputeh akan dirampas.

Terdapat dua kerusi di mana BN menang dengan sokongan pengundi Siam iaitu Pedu dan Sungai Tiang pada PRU12. Perkembangan mutakhir menunjukkan pengundi Siam sudah berpaling tadah dari BN. Undi mereka adalah undi kelompok, ia meletakkan BN terus mengalami kesukaran. Kedua kerusi tersebut juga boleh dimasukkan dalam kelompok PR.

Jika berlaku seperti diandaikan maka PR akan peroleh 28 kerusi manakala BN hanya 8 kerusi. Itu andaian di atas kertas. Realiti mungkin tidak semudah itu.

Apapun, akhirnya saya sangat percaya bahawa keputusan yang bakal ditentukan oleh Allah SWT adalah keputusan yang muktamad. PAS kalah teruk pada 2004 sewaktu ‘menjentik kerongkong’ dengan slogan PAS Tawan Kedah 2004. Sebaliknya menang besar pada 2008 sewaktu berusaha untuk menang dengan banyak, sambil mengharap pertolongan Allah SWT.

Untuk PRU13, InsyaAllah PAS/PR boleh menang lagi besar jika terus menyerah diri dan mengharap pertolongan Allah SWT sambil bekerja lebih gigih. Jangan angkuh, jangan dabik dada dengan kekuatan kita kononnya yang akan menangkan kita. Kalah atau menang biarlah dengan restu dan redho Allah SWT. Itu dasar aqidah dan keimanan kita.

1 ulasan:

Nadi Malaysia berkata...

kita lihat keputusan PRU13 nie mcm mane.. Rakyat berhak memilih parti mane utk memerintah..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....