Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 7 September 2011

Tauliah: Pesuruhjaya PAS Selangor Dakwa Tindakan Jais Bermotif Politik

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman tidak menolak kemungkinan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membatalkan tauliah kuliah agama yang dikeluarkan kepada beliau tahun lalu bermotifkan politik ketika pilihan raya umum ke-13.

Malah, Dr Rani mendedahkan beliau juga difahamkan ramai lagi pemimpin PAS Selangor dan dari negeri-negeri lain turut telah ditarik balik tauliah yang membenarkan penyampaian kuliah agama di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Bagaimanapun beliau tiada jumlah angka yang tepat mengenai pemimpin-pemimpin PAS yang terbabit.

Selangor diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.

“Saya difahamkan ramai lagi pemimpin PAS sudah ditarik balik tauliah, tidak disambung tempoh kelayakan tauliah,” kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

“Saya fikir ia ada kaitan dengan politik, kerana pilihan raya sudah dekat... mereka sedar pemimpin-pemimpin PAS sudah semakin dekat dengan rakyat... mereka yang datang ke masjid dan surau, yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata beliau sambil menambah, pihaknya akan mengadakan satu sidang media penghujung minggu ini bagi memberi penjelasan tentang perkembangan terbaru.

Bulan lalu, PAS dan Jais menjadi bahan perhatian ekoran isu tindakan agensi agama itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utara. PAS bercadang bertemu dengan Jais dalam isu itu tetapi ditangguhkan sementara.

Malah kata Dr Rani, Badan Perhubungan PAS Selangor akan membuat pendirian pada mesyuarat bulannya minggu depan.

Semalam, Jais mengenakan tuduhan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah ketika Ramadan.

Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang. Khalid dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa menyampaikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberi tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Dr Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu manakala Khalid, Yang Dipertua PAS Shah Alam pula sebagai salah seorang timbalanya.

Adun Meru itu menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri bagi hal ehwal agama sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais mewajibkan mana-mana pihak walaupun berlatarbelakangkan pendidikan agama mendapatkan permit atau tauliah, dan ia akan diperbaharui setiap tahun.

“Saya diberikan tauliah oleh Jais, kali pertama, tahun lalu, dan ini tidak diperbaharui tahun ini dan ditarik balik... tiada sebab diberikan,” kata Dr Rani.

Wakil rakyat itu berkata, sementara menuntut penjelasan daripada Jais atas tindakan mereka itu, beliau akan terus memberi kuliah agama di masjid dan surau, tidak kira tindakan yang hendak diambil oleh Jais kelak.

“Saya cuma menyampaikan kuliah menyentuh kebenaran tentang Islam. Tak akan saya tidak boleh berbuat demikian, tidak boleh cakap mengenai Islam? Saya akan teruskan kuliah saya di masjid, jika mereka kata salah, bawa saya ke mahkamah, kita jumpa di mahkamah,” katanya lagi.

“Apapun kami akan bertemu dengan Jais untuk mendapatkan bukti, minta mereka tunjuk bukti... alasan mereka membatalkan tauliah yang diberikan kepada saya,” kata beliau lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....