Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 September 2011

PRU13: Pakatan Rakyat Tukar Kerusi ‘Suka Sama Suka’

GOMBAK: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertukaran kerusi dalam Pakatan Rakyat di beberapa negeri berdasarkan konsep ‘suka sama suka’ terutama melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur.
Menurut Tuan Ibrahim, pertukaran kerusi banyak melibatkan PKR berbanding DAP dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat selepas keputusan dari negeri-negeri diterima.
Ujar beliau, antara negeri yang mengamalkan konsep itu termasuklah Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan pertukaran kerusi melibatkan PKR manakala di Perak pula, pertukaran kerusi banyak dibuat dengan DAP.
“Pertukaran kerusi suka sama suka ini berlaku di Negeri Sembilan, Pahang dan banyak tempat lain lagi. Bila dah negeri sudah bersetuju maka perkara ini akan dibawa dalam majlis Pakatan Rakyat.
Namun pertukaran kerusi ini banyak melibatkan PKR. PAS dan DAP pula di Perak. Setakat ini pertukaran ini adalah perkara biasa apabila melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur.
“Walau bagaimanapun PAS Pusat masih belum menerima keputusan dari keseluruhan negeri-negeri. Ini memandangkan banyak tempat berlaku pertindihan dan parti lain rasa lebih berpotensi untuk menang.
“Jika pertindihan itu tidak selesai maka kita akan bawa kepada majlis Pakatan Rakyat,” katanya kepadaFMT.

Kerusi Bebas?

Ketika ditanya mengenai kerusi diwakili oleh wakil rakyat bebas, beliau berkata Pakatan akan berbincang mengenai parti berpotensi untuk bertanding dikawasan terbabit.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata partinya tetap menghargai parti yang memenangi kawasan tersebut sebelum ini.
“Kita akan bincang siapa yang berpotensi untuk menang memandangkan semua parti berminat, namun PAS menghargai parti yang pernah menang….bila ada wakil rakyat yang melompat parti maka ia akan beri sedikit kesan,” jelasnya.
Kerusi yang dimiliki wakil rakyat bebas merupakan kawasan parlimen seperti Bayan Baru dan Nibong Tebal (Pulau Pinang), Wangsa Maju (Kuala Lumpur), Kulim Bandar Baru (Kedah) dan Bagan Serai (Perak).
Namun lima ahli parlimen itu kemudian bertindak keluar PKR dan mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota ‘konsensus bebas’.
Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3 pada Ogos lalu.
Beliau menjelaskan Che Rosli hanya akan dipanggil memberi penjelasan dalam masa terdekat, namun tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadapnya.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....