Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 13 Ogos 2011

Samakan Bersih 2.0 Dengan Rusuhan London,Tim. Menteri Sanggah Kenyataan Najib


KAJANG, 13 Ogos — Datuk Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat pendirian tidak bersetuju dengan Putrajaya menyamakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di Britain( gambar kiri ) baru-baru ini.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

Pendirian itu dilihat bertentangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam perkara itu.

“Saya juga tidak setuju samakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di London,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Semalam Najib langkah Putrajaya menghalang Himpunan Bersih 2.0 sebagai keputusan tepat bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Kata beliau, tiada sebarang jaminan bahawa semua peserta perhimpunan jalanan itu mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan secara aman.

Sementara itu Hishammuddin berkata, banyak pengajaran boleh dipelajari daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England.

Hishammuddin juga berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar juga memberi pendirian yang sama.

Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat mengecam tindakan itu.

Dalam ucapan itu, Saifuddin (gambar kanan) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) sepatutnya mempertimbangkan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penganjuran perhimpunan aman.

“Ada di antara kita yang alergik bila dengan perkataan demonstrasi tapi dia tak sedar dia juga lakukan perkara sama juga menggunakan istilah yang berlainan,” katanya.

Beliau juga berkata Najib komited untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk pastikan pilihan raya bersih, beliau komited sejauh mana... kita perlu beri beliau masa,” katanya.

Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak minggu lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu.TMI

2 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Dia bercakap atas kapasiti apa? Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Timbalan Menteri? Ahli Parlimen? atau dari Tanjung Rambutan?

otaistillkick berkata...

Kalau UMNO sendiri dah pertikaikan mp umno .... tentulah ada sesuatu yang berlaku dalam umno tu.. UMNO mana bolih menyanggah pendapat bos dia .. derhaka ..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....