Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 24 Jun 2011

Tok Guru Nik Aziz Sokong Himpunan Aman Bersih 2.0

KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.

Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh.

“Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.

Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.

“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta.

“Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....