Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 8 Jun 2011

Mahkamah Diberitahu Harga Asal Tanah Khir Toyo RM6.5 Juta

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo ditemani isteri, Zahrah Kechik meninggalkan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas hakim mengekalkan pertuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam secara salah di Shah Alam. - Foto THE STAR

SHAH ALAM: Perbicaraan kes Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bermula Rabu dengan pemilik asal dua tanah lot di Seksyen 7, di sini memberitahu, tanah tersebut dijual pada harga RM6.5 juta.

Saksi pertama pendakwaan, Saiful Aznir Shahabudin yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kebangsaan Berhad memberitahu, tanah itu dijual kepada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni yang telah dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Mohamad Khir.

Kata saksi itu lagi, pada asalnya beliau mahu menjual pada harga RM7 juta.

Bagaimanapun, beliau akhirnya bersetuju untuk menjual tanah yang seluas kira-kira 50,000 kaki persegi pada harga yang lebih rendah.

Tanah tersebut yang mengandungi sebuah banglo, garaj yang boleh memuatkan empat buah kereta, kolam renang, kolam ikan dan lanskap dijual pada 23 Disember 2004.

Selain itu, saksi mengakui tanah itu dibeli pada tahun 1995 dan 1996 pada harga RM1.3 juta.

Bagaimanapun, menjawab soalan peguam Mohamad Khir, M. Athimulan, saksi bersetuju bahawa berdasarkan surat pindah milik, tanah itu dijual pada harga RM5 juta.

Perbicaraan bersambung petang ini dan Shamsuddin dijangkakan memberi keterangan.

Mohamad Khir, 45, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 6 Disember tahun lalu atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Mstar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tanah sudah harga 6.5 juta,buat renovasi pulak 6 juta bermakna tanah dan renovasi aje sudah jadi 12.5 juta.Kaya sungguh tukang cabut gigi ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....