Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Jun 2011

Hanya Kerana Baca Puisi Di Majlis Anjuran Bersih ' A . Samad Said ' Disiasat Polis

A Samad Said bersama Ambiga selepas disoal siasat berhubung Himpunan Bersih 2.0 di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini. – Foto Choo Choy May

KUALA LUMPUR 27 JUN : Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said melahirkan kesedihan beliau kerana siasatan polis yang dijalankan ke atasnya dikategorikan dibawah akta hasutan, sedangkan beliau hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai Sasterawan dalam membaiki sistem masyarakat.

Beliau mempersoalkan motif pihak berwajib yang mencurigai tujuan dan niat murni beliau dalam memberi komen mengenai situasi negara tatkala ini.

"Mengapa ini harus berlaku? Mengapa seorang sasterawan yang melalui puisinya merakam keadaan yang buruk diterima dengan penuh prasangka, itu menyedihkan saya.

"Akta hasutan? Apakah saya menghasut? Tidak. Saya ke sana untuk melahirkan situasi yang lebih murni, bukannya menghasut," kata beliau ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Ketika mengulas mengenai siasatan keatas dirinya, A. Samad yang lebih mesra sebagai Pak Samad menyatakan betapa 'puisi' kini menjadi satu senjata dan diambil perhatian serius Kerajaan dan bukan seperti dulu.

"Saya fikir puisi sekarang sudah menjadi sebagai alat senjata. Dulu puisi untuk hiburan sekarang puisi dapat perhatian luar biasa.

"Apa yang saya lakukan adalah untuk merakam peristiwa untuk membaiki sistem sedia ada. Dalam puisi daya kata perlu perlu mempersuci demokrasi bukan untuk keruhkan. Dalam puisi itu saranan yang harus dihargai, bukan dicurigai," kata beliau.

Pak Samad disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas sasterawan negara itu, selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Tanpa menunjukkan rasa gentar, A. Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali memberi amaran, tapi bagi seorang sasterawan ini lebih mendorongnya kerana (beliau) tahu kesusasteraan mempunyai kuasa," katanya.

Beliau tetap mendukung agenda himpunan BERSIH 2.0 yang menuntut agar pilihan raya dan sistem politik yang berteraskan keadilan dan ketelusan untuk membawa kebaikan kepada semua rakyat negara ini.

Beliau turut menolak sebarang sentimen bangsa yang dimainkan pihak tertentu dalam percubaan menafikan hak rakyat ini.

"Saya tak mahu cakap soal bangsa. Kita semua orang Malaysia. Kalau seorang cakap Melayu, seorang cakap India, Seorang cakap Cina, itu tak membantu. (Bersih) ini untuk kebaikan kita semua," tegas beliau.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....