Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 April 2011

Pilihanraya Sarawak : BN Tunjuk Samseng Ahli Pas Diserang !!! , Petugas Pas Dihalau Dan Diugut !!!

                 KES 1





Seorang Ahli PAS telah membuat laporan polis petang semalam selepas mendakwa diserang dan dipukul oleh penghulu kampung.
Abdul Rani yang juga anak jadi Kota Samarahan telah diserang semasa mengedar risalah kempen Parti PAS bersama 7 orang yang lain di Kg Pengkalan Kuap di dalam dun Muara Tuang. Penghulu Kg Kuap bernama Hj Seli Bin Hassan telah menerang dan mencekik leher Abdul Rani dan penghulu memberi amaran supaya keluar dari kampung dan tidak membenarkan Abdul Rani serta rakan-rakan berkempen di kawasana kampung tersebut.
 Beliau yang cedera di leher telah membuat laporan polis di Balai Polis IPD Kota Samarahan. 

KES 2


BN mula berlagak samseng pada kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Petugas PAS dari Johor dihalau 2 kali dari rumah yang mereka sewa. (Gambar kiri).

Seorang petugas PAS Johor, Hod Abu Siraj berkata BN Dun Tanjung Datu mula tergugat dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat apabila ceramah PAS mendapat sambutan yang hebat.

"Pada malam hari penamaan calon petugas Unit Peti Undi Kampung Tanah Hitam menganjurkan ceramah kelompak dirumah sewa petugas Johor."
"Ceramah yang disampaikan Dr Hata Ramli dan calon sendiri mendapat sambutan dari penduduk kampung, mereka ingin mendengar penerangan daripada pemimpin Pas." kata Hod
Hod berkata keesokan harinya azab bermula dimana petugas Johor dimaklumkan oleh tuan rumah bahawa beliau mendapat ugutan melampau daripada pihak tetentu membuatkan beliau terpaksa meminta kami berpindah pada petang itu juga.

"Akhirnya kami terpaksa ikut kehendak tuan rumah kerana kasihan kepada tuan rumah terpaksa akur dengan ugutan BN"
"Kami seterusnya berpindah ke sebuah rumah baru (gambar kanan) yang kami sewa, rupa-rupanya kami menerima nasib yang sama dihalau oleh tuan rumah juga atas alasan yang sama dia diugut oleh BN" kata Hod.
Menurutnya sekarang ini mereka menyewa sebuah lagi rumah (gambar bawah) di dalam Peti Undi yang sama. Beliau berharap mereka dapat menyewa rumah ini sehingga pilihanraya ini berakhir.
Sementara itu petugas PAS Negeri Pahang yang bertugas di Peti Undi Negeri Pahang terletak di Pekan Lundu telah didatangi oleh sekumpulan 'Gangster' Cina yang meminta wang perlindungan.
Polis yang sampai selepas dihubungi tidak dapat berbuat apa-apa terhadap samseng tersebut di mana samseng masih berada disitu dan tidak berganjak dan tidak langsung takut kepada Polis. Mereka tetap minta wang perlindungan dan Polis tidak dapat berbuat apa-apa.
Sumber : Mutaligat

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....