Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 5 Mac 2011

Video : Panas !!! Suasana Pertembungan Ceramah DS Anwar Dan Umi Hafilda Di Dun Kerdau




Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Jengka 2, Pahang penuh dengan puji-pujian kepada Rasulullah saw manakala ceramah Ummi Hafilda, pula sarat dengan maki hamun terhadap individu tertentu.

Ummi Hafilda memulakan ceramahnya selama kira-kira 45 minit dengan memfitnah dan memaki hamun Anwar, malah abangnya sendiri, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Umno Barisan Nasional (BN) juga dikatakan cuba membuat provokasi dengan menghalakan pembesar suara ke arah ceramah Anwar yang dipisahkan dengan jarak 50 meter, namun penyokong Pakatan Rakyat mampu menahan sabar.

Bagaimanapun, ceramah Ummi Hafilda yang semata-mata serangan peribadi hanya dihadiri kira-kira 30 orang dan bilangan itu termasuk beberapa anggota polis berpakaian biasa, berbanding 2,000 mendengar ceramah Anwar.

Di sebalik kata-kata kesat dan makian itu, Anwar sepanjang ceramahnya kelihatan tenang dan fokus dalam menyentuh pelbagai isu yang menzalimi rakyat, dari isu kenaikan harga barang, petrol dan rasuah.

Ketua Umum KEADILAN itu juga menyentuh isu kehilangan berbilion wang rakyat, selain penyelewangan proses pilihan raya, laporan media berat sebelah dan kebangkitan rakyat di Timur Tengah.

Anwar dalam ceramahnya mengajak rakyat mencontohi perjuangan Nabi Muhammad saw dalam mengajak masyarakat Arab meninggalkan amalan jahiliyah.

Hadir sama ceramah itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Hamid; Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN Pusat, Abbas Awang dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....