Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 21 Februari 2011

PRU 13 : PAS Kedah yakin catat majoriti 2/3

ALOR SETAR, 21 Feb: PAS Kedah berkeyakinan parti itu mampu mencatatkan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kekal memerintah dengan majoriti 2/3.

Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercakap pada media selepas merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS KedahImbang Penuh
Sasaran kita pada PRU 13 nanti adalah untuk tambah kerusi DUN, sekurang-kurangnya kita dapat tambah hingga memperoleh majoriti 2/3 untuk terus kekal mentadbir Kedah.

"Kita telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang mampu memberi kemenangan pada PAS apabila diadakan PRU 13 melalui maklum balas positif dari cawangan-cawangan di seluruh negeri.

"Jentera-jentera parti kita di semua peringkat juga sentiasa berusaha bagi memantapkan kekuatan dan menarik sokongan pengundi kepada PAS dari pelbagai aspek," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan kerusi-kerusi terbabit kerana menurutnya ia adalah strategi parti yang tidak perlu didedahkan kepada musuh.

Menurut Azizan yang juga Menteri Besar Kedah, keyakinan beliau itu adalah bersandarkan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu dengan lancar tanpa sebarang isu yang mampu menggoyahkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan dan ketelusan pentadbirannya.

"Keyakinan saya amat tinggi sebab tidak timbul isu dalam negeri yang membolehkan rakyat menolak PR dan kita juga telus dalam pentadbiran, ekonomi semakin stabil, tiada gejala rasuah dan perancangan pembangunan sedang berjalan.

"Rakyat mampu menilai apa yang kita lakukan dan kita yakin rakyat juga akan memilih kita pada pilihan raya akan datang," katanya.-/ harakahdaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....