Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 4 Februari 2011

Gambar : Tindakan Keras Polis Keatas Peserta Demo Sokong Rakyat Mesir

Polis menyembur gas pemedih mata kearah orang ramai
Antara peserta demonstari yang ditahan Polis
Pergelutan antara Polis dan peserta demonstrasi

Tindakan polis memukul dan menahan rakyat yang berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap kebangkitan rakyat Mesir dan membantah campur tangan Amerika Syarikat, menunjukkan kerajaan Malaysia mempertahankan rejim Hosni Mubarak.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua percaya tindakan itu berikutan rejim pentadbiran Malaysia tidak jauh berbeza berbanding kerajaan Mesir yang menggunakan pendekatan keras termasuk memukul dan menangkap peserta demontrasi.

“Nampaknya kerajaan Malaysia sudah takut. Ketika rakyat negara ini menyatakan solidariti mereka kepada rakyat Mesir, kerajaan Malaysia pula mengambil sikap untuk mempertahankan rejim Hosni Mubarak.
“Walaupun Malaysia dan Mesir berbeza keadaannya tetapi isunya tetap sama. Di Mesir, selepas 30 tahun, rakyat bangkit untuk menumbangkan rejim ini. Tidak mustahil perkara ini terjadi di Malaysia,” katanya kepada KeadilanDaily.com.
Pada perhimpunan aman menyokong kebangkitan rakyat melawan regim korup di Mesir dan membantah campur tangan Amerika Syarikat, polis Malaysia bertindak ganas dengan menahan tujuh lelaki.
Polis juga menggunakan ‘kepakaran’ Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk membuat semburan air bagi menggagalkan perhimpunan aman itu.
Tian Chua berkata, persamaan ketara antara kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN ialah cubaan menutup internet baru-baru ini sedangkan kerajaan Mesir pula giat menyekat maklumat dan kebebasan rakyat.
“Percubaan untuk memusatkan kuasa jelas dilakukan oleh kerajaan Umno BN. Malah, pemimpin dan isteri baik Malaysia mahupun Mesir boros dalam perbelanjaan.
“Sekatan demi sekatan dilakukan, seperti tiada lagi kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat. Tak hairanlah kalau kerajaan Malaysia sokong Mubarak,” katanya.Keadilandaily

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apasal Tian Chua tak di tangkap polis aaa?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....