Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 21 Januari 2011

Saman Khairy: Permohonan Anwar buat pindaan didengar 27 Jan

Gambar Fail-Anwar mendakwa Khairy telah menfitnah beliau dalam satu majlis politik di Perak pada 2007.

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Januari ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminda bahagian tertentu penyataan tuntutannya dalam saman fitnah beliau terhadap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Permohonan itu akan didengar di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Fa''erah Nurul Aini Izany.
Timbalan Pendaftar menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas bertemu peguam Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan S.Prakash yang mewakili Anwar dan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy.
Perbicaraan kes saman itu ditetapkan selama dua hari mulai 13 April di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham.
Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 September, 2007, dan mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, telah memfitnah beliau dalam satu majlis
politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.
Beliau berkata kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007.

Anwar mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu; yang tidak meletakkan kepentingan terhadap perjuangan dan hak orang Melayu; dan beliau sanggup mengkhianati perjuangan serta hak orang Melayu hanya untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu menegaskan bahawa Khairy mengeluarkan kenyataan itu untuk membayangkan bahawa Anwar merupakan ejen politik Amerika Syarikat dan Yahudi, selain untuk memusnahkan kerjaya politiknya, dan beliau mempunyai niat jahat semasa membuat kenyataan itu, yang dusta, tidak berasas dan bohong.
Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi untuk menghalang Khairy atau ejennya daripada mengulangi kenyataan itu. – Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....