Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Januari 2011

Najib Jawab Cabaran Debat Anwar


Datuk Seri Najib Razak mengetepikan cabaran ketua pembangkang yang mengajak beliau berdebat dengannya berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat cabarannya semalam ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat itu kelmarin.
Bagaimanapun Anwar membalas dengan berkata, Pakatan Rakyat mampu untuk membiayai Program 100 Hari mereka yang hanya memerlukan dana RM19 bilion.
Najib (gambar) enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.“Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.
“Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik,” kata beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negara yang membawa pulang Piala Suzuki AFF di Seri Perdana di sini.
Kata beliau, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.
Semalam, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mencabar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat agar berdebat dengan beliau daripada mengajak Najib berbuat demikian.
Khairy melihat ketua pembangkang itu bukan standard Najib yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN.“Saya tidak akan menahan beliau,” kata Najib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula mencabar Anwar berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.
Semalam, Anwar mencabar Najib berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri.TMI

1 ulasan:

AKU berkata...

Khairy kata dia layak sebab dia pun MP macam DSAI tapi dia lupa bahawa dia tidak pernah menjadi menteri di era Najib walaupun sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dia lupa yang DSAI pernah menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri. Kesian tin kosong yang mengaku tin penuh. Pengalaman mentadbir pun tak ada, dah berlagak tahu segala-galanya. Sindrom Pengampu untuk menarik perhatian Najib.
Bagi Nazri pulak, kita faham-faham sajalah tarafnya walaupun sebagai menteri penuh. Tak pernah jadi Ketua Pemuda UMNO pun ... ehhh malas nak layan mangkuk perasan dan pengampu ni.
Bos depa pun tak mampu nak jawab, depa pulak lebih sudu dari mangkuk.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....