Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Januari 2011

Gambar : Taib Mahmud Dan Isteri Barunya




Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengadakan satu majlis jamuan Sabtu ini sempena perkahwinan beliau baru-baru ini.
Walaupun beliau tidak menyatakan venuenya tetapi ramai percaya majlis untuk memperkenalkan isterinya, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 28, itu akan diadakan di Dewan Santapan kompleks lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini.
Taib, 74, yang kelihatan ceria ketika wakil-wakil media mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada beliau selepas merasmikan satu seminar di sini, bagaimanapun agak keberatan untuk menceritakan tentang isteri beliau yang berasal dari Lebanon itu.

“Jangan ganggu beliau untuk sementara waktu ini kerana beliau sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Beliau belum faham tentang Negara ini ... mungkin, setelah melawat seluruh negara, beliau akan bercakap,” kata Taib.
Beliau dan Ragad dinikahkan pada 18 Disember tahun lepas di kediaman Taib di Demak Jaya di Petra Jaya.
Ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dijadual melakukan lawatan kerja ke Sarawak hujung minggu ini akan menghadiri majlis itu, beliau berkata: “Saya tak pasti. Saya kena tanya dulu kerana saya baru saja pulang.”
Ini adalah perkahwinan kedua Talib. Isteri beliau sebelum ini Puan Sri Laila Taib, yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April tahun lepas.
Sepanjang hidup bersama selama 50 tahun, mereka dikurniakan empat anak dan 15 cucu. – Bernama

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....