Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Januari 2011

[ Kemaskini ] Gambar : Sekitar Majlis Angkat Sumpah SUK Selangor Yang Baru




Foto : Bernama
Sultan Sharafuddin (kiri) menegaskan bahawa pelantikan Khusrin sah mengikut perlembagaan negeri. — Gambar oleh Choo Choy May

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengikut tata cara yang ditetapkan.“Beta menitahkan supaya Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang memerintah Selangor mengikut undang-undang dan peraturan semasa,” titah baginda pada majlis di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

Sultan Sharafuddin juga tidak mahu isu perlantikan Khusrin diperbesar atau dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

“Beta ingin menegaskan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini adalah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Perlembagaan Persekutuan,” tambah Sultan Sharafuddin.

Pada majlis itu, Tuanku mengurniakan darjah kebesaran kepada Raja Muda Selangor selain memperkenan menerima lafaz ikrar sumpah setia oleh Khusrin dan beberapa pihak lain.

Dalam ucapannya, Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan baginda tidak menyebelahi mana-mana parti politik tetapi hanya mahu Selangor sentiasa aman dan rakyatnya hidup dalam keadaan harmoni dan tolong menolong.

Baginda menjelaskan gandingan bersama istana dan kerajaan negeri untuk melakukan yang terbaik bagi Selangor.

“Datuk Menteri Besar sentiasa menghadap Beta sekurang-kurangnya seminggu sekali. Semasa sessi menghadap ini, Beta dan Datuk Menteri Besar sentiasa bertukar-tukar fikiran dan saling menasihati serta berbincang untuk mendapatkan sesuatu yang baik dan elok untuk Negeri Selangor, titah Sultan Sharafuddin .

“Jika negeri Selangor ini aman dan tiap-tiap pihak menjalankan tugas dengan jujur, telus dan penuh komitmen, maka pembangunan dan kemajuan yang dicapai akan benar-benar dapat dikecapi oleh rakyatnya,” titah Sultan Sharafuddin .

“Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ianya akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan.

Beta juga bersyukur dengan limpah kurniaNya, Selangor masih berada dalam keadaan aman dan makmur sehingga kini,” tambah baginda.
TVS
Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) bersalam dengan Datuk Khusrin Munawi ketika menghadiri majlis angkat sumpah taat setia di Istana Bukit Kayangan pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Mohamed Khusrin Munawi bersalaman dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas upacara mengangkat sumpah dan taat setia di Istana Kayangan, Shah Alam pada Khamis. Foto The Star Raja Faisal Hishan

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru Datuk Mohamad Khusrin Munawi selesai mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini pada khamis. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kesemua barisan Exconya.
Pada majlis angkat sumpah Khusrin hari ini baginda turut berkenaan mengurniakan darjah kebesaran, Datuk Setia - Sultan Sharifuddin Idris Shah (S.S.I.S), Darjah Kelas Pertama kepada Duli Yang Mulia Raja Muda Selangor.
Selain itu, baginda turut melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan Marzuki Hussin sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.
Turut dilantik sebagai Ahli Jaksa Pendamai Selangor ialah Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, Tan Sri Lee Lam Thye dan Puan Sri Thamayanti Devi Ampilaipakan, pelantikan Khusrin dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor serta Norhuda Roslan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor.Mstar
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Majlis Angkat Sumpah di Istana Kayangan di sni hari ini. — Foto Bernama

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exconya menghadiri majlis angkat sumpah taat setia melibatkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi pagi ini walaupun sebelum ini mengatakan akan memulaukannya.
Bagaimanapun Khalid menegaskan beliau masih tetap menolak pelantikan Khusrin.
Awal minggu ini, Khalid berkata, kerajaan negeri akan memulau majlis itu sebagai tanda tidak mengiktiraf pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Khalid tidak menyatakan pendiriannya dengan jelas semalam apabila ditanya sama ada akan hadir majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan pagi ini.
Dalam mesej menerusi Twitter pagi ini pula, Khalid berkata, “hadir majlis sebagai tanda hormat kepada DYMM Sultan dan Raja, tetap tidak iktiraf Datuk Khusrin.”
Selasa lalu, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata majlis angkat sumpah taat setia oleh Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, yang dipertikaikan kerajaan negeri akan tetap diadakan hari ini.
Ini kerana pada pengetahuan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Munir menjelaskan bahawa hari ini akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena ulang tahun keputeraan ke-65 Sultan Selangor kerana ketika istiadat pengurniaan darjah kebesaran pada 11 Disember lepas, Raja Muda Selangor berada di luar negara.
“Pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpat taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.
“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan,” kata Munir.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Khalid berkata, kerajaan negeri Selangor telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menyatakan rasa terkilan negeri Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan.
“Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan,” kata beliau.
Khalid menambah, kerajaan negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.
Pentadbiran negeri Selangor telah memaklumkan kepada Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.
“Pentadbiran kerajaan negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara istana dan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.
Justeru beliau memberitahu, kehadiran seluruh Exco Kerajaan Negeri hari ini pada majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) Darjah kelas Pertama Kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor.
“Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini.
“Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana,” tegas Khalid.
Khalid juga berkata, pihaknya telah memberi maklum Sultan Selangor bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Katanya, tindakan itu sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor, sebaliknya “kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan.”TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....