Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 26 Januari 2011

ANALISIS PRK TENANG : KEPUTUSAN TERPERINCI 2008,MAMPUKAH PAS MENANG ???

Proses berkempen dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang terus rancak.Baik daripada pihak Pas mahupun Umno.Dalam tempoh tersebutlah pelbagai provokasi,merayu undi,membuat janji dan bermanifesto dilakukan oleh calon-calon yang bertanding.Jika dalam artikel awal sebelum ini,penulis telah menulis satu artikel mengenai suasana pada hari pertama dan kedua berkempen,dalam artikel kali ini,lebih bersifat matematik dan berstatistik.
Dalam artikel kali ini,penulis ingin membawa kita semua berfikir dan meneka apakah Pas mampu menang dalam pilihanraya kecil kali ini?Kalau ya,berapa majoritinya?Dan kalau tidak sekalipun,berapakah pula perbezaan majoriti antara Cikgu Mala dan Tok Ai?Inilah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.

Secara asasnya,penulis tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada Pas untuk menang di Dun Tenang.Walaubagaimanapun,belum cuba belum tahu.Angka tidak pernah tepat dan semua orang boleh bermain dengan angka.Siapa sangka Pas mampu menang di Sungai Abong dan Maharani?Jika pertolongan Allah itu telah datang,angka tidak lagi menjadi penghalang kepada faktor kemenangan Pas di Tenang.

Sebelum menulis dengan lebih lanjut,di bawah telah penulis lampirkan keputusan terperinci di Dun Tenang, mengikut setiap saluran peti undi dalam Pilihanraya Umum 2008:

KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS

Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila mengetahui Pas mampu menang di tiga peti undi di Tenang sebelum ini iaitu di Peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis.Kemenangan ini juga adalah sangat bermakna memandangkan ketiga-ketiga kawasan ini adalah kawasan bandar dan rata-rata pengundi adalah daripada kaum Cina.Malah,Pas juga telah hampir-hampir menang di sebuah peti undi bermajoriti India iaitu di Ladang Labis Utara apabila hanya tewas dengan majoriti kecil 29 undi.

Sebagai perbandingan juga,undi tertinggi yang diperoleh Pas adalah di Peti Undi Bandar Labis Tengah iaitu setinggi 1013 manakala Umno pula memperoleh undi tertinggi di peti undi Chemplak dengan 936 undi. Untuk rekod,Chemplak adalah kawasan Felda.
Untuk menilai kemungkinan menang bagi Pas,sukalah kiranya penulis membandingkan Tenang dan Sungai Abong.Hal ini kerana komposisi penduduknya hampir sama,di mana terdapat 50 peratus pengundi Melayu dan 50 peratus lain-lain kaum.Cuma apa yang berbezanya adalah peratusan kaum India.Di Dun Sungai Abong kaum Indianya cuma sekitar 3.2%,manakala kaum Cinanya hampir 42%.Inilah kunci kemenangan Pas di Dun Sungai Abong.
Sebenarnya,Tenang juga tiada bezanya juga jika dibandingkan dengan Sungai Abong kecuali penduduk Indianya yang lebih ramai.Akan tetapi,penduduk India di Dun Tenang tidaklah menyokong calon Pas secara majoritinya di mana Pas hanya mampu menunjukkan saingan di Ladang Utara dan tidak di Ladang Bukit Dato.
Sebelum kita bercakap lebih lanjut mengenai strategi Pas untuk menang,berikut diperturunkan statistik pengundi mengikut kaum di sini:

Oleh itu,di sini penulis merasakan terdapat beberapa kriteria-kriteria penting sebagai prasyarat untuk Pas menang di Dun Tenang kali ini.Ini termasuklah:

1.MENAMBAHKAN UNDI KAUM CINA


Golongan pengundi yang paling berpotensi untuk menyokong Pas dan Pakatan Rakyat adalah pengundi Cina. Hal ini kerana calon Pas,Md Saim Siran sendiri pernah menang di tiga peti undi kaum Cina iaitu di peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis.Untuk menang,Pas bukan sahaja hanya perlu mengekalkan penguasaan di kawasan bandar dan pengundi Cina ini,tetapi juga menambah jumlah undi yang diperoleh daripada pengundi Cina.

2.MENARIK UNDI KAUM INDIA


Dalam pilihanraya Umum yang lalu,seramai 269 pengundi di kawasan Ladang yang bermajoriti kaum India menyokong Pas iaitu di Ladang Utara dan Bukit Dato.Undi Umno pula adalah sebanyak 478 undi.Ini bermakna,Umno menguasai 64 peratus undi India di kawasan ladang manakala Pas pula adalah sebanyak 36 peratus.Oleh itu,untuk menang di Tenang,Pas perlu menembusi kawasan Ladang Bukit Dato selain cuba mencari pertambahan undi di Ladang Utara.
Penulis optimis terhadap pertambahan undi Pas di kedua-dua buah ladang ini berikutan kempen yang telah dilakukan oleh NGO India yang berkempen untuk Pas rentetan krisis Interlok baru-baru ini.Usaha PRIMA dan Makkal Sakhti itu jika mampu mencipta gelombang,akhirnya mampu memberi kemenangan pada calon Pas.
Untuk rekod,terdapat seramai 1780 pengundi India di Dun Tenang pada 30 Januari nanti.

3.MEMENANGI HATI PENGUNDI GOLONGAN WANITA


Satu fakta untuk Dun Tenang adalah pengundi wanitanya adalah melebihi peratusan pengundi lelakinya. Untuk maklumat lanjut,boleh lihat data di atas.Bilangan pengundi wanita yang lebih ramai ini mungkin boleh memberikan kelebihan kepada Pas setelah Pas bertindak meletakkan calon wanita di Dun tersebut.

Oleh itu,untuk menang dalam pilihanraya kecil ini,Pas perlu berstrategi untuk menarik undi golongan wanita yang berada di atas pagar.Malah,dikhabarkan juga pengundi wanita yang menjadi ahli Umno juga kecewa selepas calon wanita yang disebut-sebut untuk menjadi calon di Tenang bagi mewakili Umno tidak terpilih untuk menjadi calon pada kali ini.Hal ini secara tidak langsung,mampu memberikan peluang kepada Pas untuk mendekati pengundi wanita dengan lebih giat.

4.MENEMBUSI UNDI MELAYU - ANTARA TUGAS YANG BERAT

Sebelum bercakap dengan lebih lanjut akan perkara ini,penulis suka untuk memberikan satu lagi fakta untuk Dun Tenang iaitu jumlah pengundi mengikut umur mereka:


Secara umumnya,penulis bahagikan kelompok pengundi kepada dua - pertama pengundi Generasi Pertama dan kedua pengundi Generasi Kedua.

Bagi Generasi Pertama pengundi,lingkungan umurnya adalah 50 tahun ke atas.Jumlah keseluruhan pengundi bagi generasi ini,yang rata-ratanya berada pada saluran satu adalah seramai 6211 orang.

Generasi Kedua Pengundi pula adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 21 tahun hingga 49 tahun. Untuk ini,Dun Tenang mempunyai seramai 8542 orang pengundi.

Mengapa penulis bawakan angka ini?Hal ini kerana,untuk menembusi undi Melayu,Pas perlu lebih dekat untuk memenangi undi pengundi Generasi Kedua berbanding Generasi Pertama.Ini adalah realiti di kebanyakan peti undi saluran satu di hampir seluruh Malaysia.Kekuatan Umno adalah di saluran satu tetapi mereka tidak kuat di saluran undi tiga dan empat.Inilah realitinya.Oleh itu,untuk menang di Tenang,Pas perlu mencuri undi generasi kedua pengundi.

Penulis membawa satu kajian kes di Dun Tenang.Walaupun Pas tewas teruk di kawasan Felda,ini tidaklah bermakna Pas ditolak mentah-mentah di Felda.Walaupun masih kalah,tetapi undi di saluran tiga atau empat menunjukkan agak ramai yang mengundi Pas.

Contohnya di Peti Undi Felda Tenang.Dalam Saluran 1,Pas cuma memperoleh 41 undi berbanding 230 undi untuk Umno.Saluran 2 pula,Pas mendapat 78 undi berbanding 341 undi untuk Umno.Ini menunjukkan Pas tidak mampu untuk mendapat lebih 100 undi di saluran 1 ataupun 2.Walaubagaimanapun,di saluran 3 menyaksikan undi Pas adalah sebanyak 101 undi.Biarpun tidak menang di saluran tersebut,sekurang-kurangnya jurang undi Pas dan Umno tidaklah begitu luas di saluran tiga.

Selain itu juga,undi rosak di Dun Tenang dalam Pilihanraya ke 12 lalu agak tinggi iaitu sebanyak 413 undi, sekitar hampir 4 peratus daripada jumlah undi yang diterima.Persoalannya,adakah undi rosak seperti ini menunjukkan protes ataupun menunjukkan kadar buta huruf masih tinggi di Tenang?

KONKLUSI

Itulah serba sedikit faktor-faktor yang membolehkan Pas merampas kerusi Dun Tenang pada pandangan penulis.Ingatlah,tiada apa yang mustahil dalam politik.Bak kata pepatah,"sekali air bah,sekali pantai berubah."

Hazman BA
Pantai Dalam,Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....