Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 Januari 2011

Adun Pelabuhan Kelang Dilarang Masuki Sidang DUN Selangor,Akan Cabar Keputusan Speaker Di Mahkamah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ketika bertemu media selepas dilarang dari memasuki Sidang DUN Selangor di Shah Alam, Isnin. - Foto The Star

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.
Beliau ditahan ketika memasuki pintu DUN oleh pengawal pada pukul 10.02 pagi tadi.
Menurut Badrul Hisham, pihak pengawal memaklumkan mereka menerima arahan daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim supaya tidak membenarkannya memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi.
"Saya tak dibenarkan masuk...pengawal dapat arahan daripada speaker pukul 10 pagi tadi," katanya.
Bagaimanapun Badrul Hisham memaklumkan beliau menerima surat jemputan menghadiri persidangan DUN minggu lalu sebelum speaker mengisytiharkan kekosongan kerusinya.
Badrul Hisham bagaimanapun tetap mengikuti persidangan DUN yang antara lainnya untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Bagaimanapun beliau hanya mengikuti sidang khas berkenaan melalui bilik media.Mstar

Dalam perkembangan berkaitan Badrul Hisham Abdullah mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memfailkan saman petang ini meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa beliau masih wakil rakyat yang bagi kawasan Pelabuhan Klang.
Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Badrul Hisham berkata wakil rakyat itu mahu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerusinya tidak kosong dan Speaker Datuk Teng Chang Khim bukan pihak berkuasa boleh mengisytiharkan kerusi tersebut kosong.
“Ia seperti kes Perak,” kata beliau kepada pemberita di sini selepas memfailkan writ saman petang ini.Kata beliau pihaknya juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan kedua.
“Sebab kami mahu menghalang SPR daripada mengisytiharkan kerusi itu kosong,” Hafarizam.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....