Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 17 Oktober 2010

Sebab Sebab Tan Sri Khalid Ibrahim Tidak Bertanding Jawatan Tim. Presiden PKR

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.
“Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat,” tegas Menteri Besar Selangor ini dalam satu kenyataan memperjelaskan keputusan terbarunya.
Pada sesi penerimaan pencalonan semalam, sekretariat pemilihan PKR menerima pengesahan daripada dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Datuk Zaid Ibrahim.
Seramai 19 calon bertanding jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi.
Pada 10 Oktober lalu, Khalid selepas spekulasi berterusan mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai kesan pendiriannya itu.
Bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan semalam.
Dalam penjelasannya, Khalid berkata, dengan komitmen berterusan kerajaan negeri kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, pihaknya berkeyakinan untuk menyasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi Parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum.
Bekas pengerusi PKR Selangor ini berkata, satu lagi faktor yang turut dipertimbangkan ialah keperluan fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.
Kata Khalid, projek “Greater Kuala Lumpur” melibatkan projek berbilion-bilion ringgit dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus.

“Demi menjamin kepentingan rakyat, kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini.
“Khususnya, kami akan memerhati proses tender, terutamanya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam untuk memastikan kontrak-kontrak yang dianugerahkan tidak hanya memanfaatkan syarikat kroni dan merugikan rakyat,” katanya.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, minatnya untuk bertanding adalah berdasarkan keinginan menguatkan muafakat parti dan mempromosikan budaya politik yang sihat serta komitmen yang tidak berbelah bagi kepada prinsip-prinsip murni.
Jelasnya, aspirasi beliau itu adalah untuk menyuburkan pendirian ini demi parti dan demi seluruh Malaysia.
“Setelah perbincangan yang mendalam dengan jawatankuasa khas, setiausaha politik saya Faekah Husin dan beberapa pemimpin Reformasi, saya yakin saya boleh lebih merealisasikan objektif-objektif ini tanpa bertanding untuk mana-mana jawatan tertinggi parti dalam pemilihan tahun ini,” katanya lagi.
Khalid juga memberitahu, kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat boleh dikatakan sebagai contoh sebuah kerajaan persekutuan yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
“Memandangkan pilihan raya umum yang akan datang, tugas pertama saya adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat perseketuan.
“Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat reformasi sehingga ke Putrajaya.
“Saya cukup yakin dengan kebolehan setiap calon yang telah menerima pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan PKR, dan mengalu-alukan potensi mereka untuk menyegarkan semangat reformasi dalam parti; pada masa yang sama, kami di kerajaan negeri Selangor terus fokus terhadap menyempurnakan agenda kerajaan berpaksikan rakyat,” kata Khalid lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....