Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 September 2010

Perkasa tidak perlukan sokongan Umno-Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
“Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik.
“Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa,” kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.
“Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini.
Bagaimanapun semalam, Ibrahim (gambar) yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: “Tidak perlu. Ini sudah cukup.”
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.
Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.
“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.
“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.
Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
Ibrahim berkata, Perkasa akan terus berjuang untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
“Saya percaya, jika Perkasa tidak wujud, sokongan bukan Melayu kepada BN pun sama selepas pilihan raya umum ke-13 kerana komponen BN, terutama pemimpinnya ada macam-macam rekod yang rakyat tolak dan janji PKR kepada mereka... nampak pasti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir,” katanya.
Ibrahim juga mendakwa Perkasa cuma memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangannya iaitu mempertahankan perlembagaan negara dan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, salah guna kuasa, sistem penyampaian cekap, mesra rakyat dan pemimpin atau wakil rakyat yang amanah, mesra rakyat, tidak rasuah, bermoral, tidak maksiat dan bertaqwa.TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap pandaila berahim ali oiiii perkasa pun tak kemana nak cakap lebih pulak

crazy frog berkata...

betul..betul..betul..

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Berahim Ali yang terbuang,pas beri susu tuba yang kau balas.Kini UMNO tak mahu BN tak hingin..padan muka.Tunggu PRU ke 13 pasti sang katak ni akan hilang dari arus politik negara...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....