Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Mei 2010

Lesen Judi Bola Lulus, Kumpulan Berjaya Syarikat Tunggal

KUALA LUMPUR 12 MEI: Akhbar Harian Cina, Sin Chew Daily hari ini melaporkan kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara rasmi meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.
Imbang Penuh
Ini menjadikan Kumpulan Berjaya sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak di negara ini yang memiliki lesen sah mengikut perundangan negara.

Kelulusan ini sekaligus menunjukkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak mengendahkan bantahan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam

Antara pimpinan yang lantang menegur cadangan kelulusan lesen judi ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Rasah dari DAP, Anthony Loke.

Mengikut laporan Sin Chew Daily, Berjaya Corporation dijangka amenggunakan lebih 200 kedai pertaruhannya, Toto, untuk menerima pertaruhan daripada kaki judi.


Pertaruhan secara berlesen ini dijangka bermula sebelum kejohanan bola sepak terbesar di dunia ini bermula pada 11 Jun ini.

Mengikut laporan berkenaan, wujud kebimbangan kemungkinan rangkaian kedai serbaneka, 7-eleven yang dimiliki Kumpulan Berjaya akan digunakan untuk tujuan pertaruhan.

Kumpulan Berjaya pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....