Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 19 April 2010

Zulkifli Nordi nafi kempen untuk BN di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 19 April — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang dipecat PKR bulan lalu menafikan akan terlibat dalam kempen membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Zulkifli (gambar) berkata, sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini kepada The Malaysian Insider beliau tidak akan berada dalam negara ketika tempoh pilihan raya Hulu Selangor dan oleh itu tidak timbul soal akan turun berkempen.
“Saya secara khusus, secara peribadi telah memaklumkan kamu bahawa saya tidak akan terlibat dalam dan tidak akan pergi ke Hulu Selangor sempena pilihan raya kecil sama ada bagi BN ataupun Pakatan Rakyat kerana saya akan berada di luar negara mengikuti lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan Emiriah sehingga seawal 25 April (Ahad ini),” kata beliau dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau kini berada di New York.

Memetik sumber laporan The Malaysian Insider hari ini menyebut tiga Ahli Parlimen iaitu wakil rakyat Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli akan menyertai kempen membantu Umno-BN.
Ibrahim mengesahkan beliau sendiri akan mengadakan ceramah perdana pada Jumaat selain menyertai Perhimpunan Pemuda Patriotik Hulu Selangor esok.
Zulkifli sebelum ini pernah memaklumkan bahawa beliau tidak akan menyertai aktiviti sedemikian kerana kesibukan dengan urusan lain termasuk lawatan ke Washington.
Malah Zulkifli berkata, beliau juga mahu kekal sebagai wakil rakyat Bebas dan kelihatan Bebas.
“Jadi tidak timbul soal saya akan berkempen untuk BN atau PKR,” katanya.
“Malah, saya juga secara peribadi ada memaklumkan anda bahawa jika pun saya ada di Malaysia, saya tidak akan melibatkan diri saya dengan pilihan raya untuk menyokong BN dan Pakatan Rakyat,” kata beliau.
“Saya juga secara peribadi memaklumkan jika saya mahu membuat apa-apa komen berkaitan dengan pilihan raya kecil, ia adalah penilaian bebas saya dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak,” katanya lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....