Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 Disember 2010

Zaid Dijangka Dipilih Presiden AKIM Esok

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dijangka dipilih menerajui Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang akan diadakan pada Rabu.
AKIM dikatakan akan menyusun semula kepimpinannya pada EGM berkenaan selepas Zaid diisytiharkan menyertai parti itu.
Presiden AKIM Zakaria Salleh berkata, Zaid juga telah menawarkan diri untuk memimpin parti itu namun mereka masih belum memutuskan jawatan untuk bekas menteri terbabit walaupun timbul cadangan supaya beliau dilantik sebagai presiden
Tambahnya, beliau akan menyerahkan kepada anggota parti itu sama ada ingin memilih Zaid sebagai presiden baru atau tidak.
"Di kalangan ahli-ahli pun ada yang menyebut demikian dan kalau Datuk Zaid betul-betul mahu memimpin, ia dialu-alukan.
“Kalau Datuk Zaid bersetuju dan ahli setuju, saya sebagai presiden Akim tidak ada (halangan) demi kepentingan parti.
"Bila ahli bersuara saya memang akan beri laluan kepada Datuk Zaid sebab yang lebih mampu untuk memimpin AKIM adalah Datuk Zaid,” katanya di sini.
Zakaria berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan oleh kepimpinan tertinggi dan sekiranya ahli-ahli setuju sebulat suara, pelantikan akan dijalankan esok.
"Tapi jawatan apa belum tentu lagi. Cuma kita tidak mahu ada pemilihan baru lagi," katanya, lapor Malaysiakini.

Dilaporkan, AKIM baru saja disahkan statusnya sebagai parti politik oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan apabila jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatan itu.
Zakaria juga berkata, beliau dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.
“Ahli dahulu ada seramai kira-kira 300 orang. Dalam mesyuarat esok kita jangka antara 300 hingga 500 orang akan hadir,” katanya lagi.
Mesyuarat agung luar biasa itu akan dijalankan di Tropicana Golf and Country Resort, sebuah kawasan eksklusif yang turut menempatkan kediaman Zaid.
Mengulas lanjut, beliau berkata penyusunan semula kepemimpinan parti itu bagi membolehkan AKIM mengambil peranan lebih aktif dalam kegiatan politik.
“Mesyuarat ini dibuat atas desakan ahli kerana selama ini kita tidak ada penonjolan dalam politik kecuali semasa pilihan raya.
"Selama ini parti ini tidak banyak kesan, tidak banyak orang hendak beri perhatian kerana dilihat sebagai sebuah parti serpihan PAS. Kita tidak mampu membuat teguran dan jadi macam anjing menyalak bukit saja,” katanya lagi.Mstar

Ulasan Tinta Hijau DKB

Kalau kenyataan Presiden Akim ni benar baguslah,Zaid boleh terus jadi Presiden Parti Politik yang beliau idam idamkan tanpa melalui pertandingan.Duit pun banyak bolehlah beliau gunakan untuk memperkembangkan Parti Akim ni dan berkira kira bertanding pada PRU 13 nanti.Satu persoalan timbul,jika beliau berjaya menjadi Presiden Akim,kemana hala tuju parti ni yang akan beliau bawa.Samada mesra BN atau PR, mungkin juga bergerak secara bersendirian setidak tidaknya boleh menguji sejauh mana pengaruh  beliau dikalangan rakyat.
Satu lagi agaknya berapa ramai ahli2 PKR yang akan mengikut jejak beliau menyertai Akim,segala persoalan ini akan terjawab kita tunggu dan lihat nanti.
Apa apapun selamat maju jaya buat Zaid,apakah beliau akan terus kekal dalam arus perdana politik negara atau berkubur tanpa nesan dan dilupakan.hanya masa yang dapat menentukan.Dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku...

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....