Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 29 Disember 2010

Pandangan Pakar Perundangan Berikutan Kontroversi Perlantikan Khusrin Sebagai SUK Baru Selangor

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pakar perundangan Prof A Aziz Bari berpendapat pelantikan Pengarah Jais Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru perlu dielakkan memandangkan sudah wujud konflik awal antara negeri dan pusat.
“Dalam keadaan Khusrin telah sedia berkonflik dengan pentadbiran negeri, pelantikannya perlu dielakkan. Apatah lagi apabila kerajaan negeri telah pun mengemukakan nama-nama lain,” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Nama Khusrin disyorkan oleh Putrajaya manakala kerajaan negeri pula telah mencalonkan tiga nama hasil temu duga khas yang diadakan iaitu ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majis Daerah Sabah Bernama.
Malah Aziz juga berpendapat Sultan Selangor juga perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam soal pelantikan penyandang jawatan tersebut.
“Soalnya sekarang ialah apakah memang selama ini khususnya ketika pentadbiran BN... memang Sultan mempunyai kata putus? Apa pun melihat kepada apa yang berlaku di Perak dan Selangor, khususnya dalam kes Khusrin, sepatutnya istana bertanya dan berbincang dengan kerajaan negeri,” kata Aziz lagi.
Malah menurut Aziz, perbincangan seumpama itu perlu kerana setiausaha kerajaan negeri ialah ketua pentadbiran negeri dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi kerajaan.
“BN sendiri, khususnya di zaman pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), begitu tidak selesa dengan campur tangan istana.
“Jadi sekarang BN tidak harus, kalau ia benar-benar memegang prinsip campur tangan. Apa yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan memberi isyarat campur tangan.
“Sepatutnya, kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri dahulu,” kata beliau yang menegaskan, pelantikan Khusrin perlu dielakkan bagi mengelakkan konflik.
Aziz menambah, kontroversi yang melibatkan Khusrin dengan sendirinya tidak melayakkan beliau diletakkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Sepatutnya dicari pegawai lain. Meletakkan Khusrin memberi isyarat yang istana tak peduli soal itu.
“Kerajaan persekutuan, yang dipimpin oleh Umno, tidak sepatutnya dibiarkan oleh istana. Keputusan istana mengesahkan Khusrin meletakkan istana dalam kontroversi sebagaimana di Perak dan Kelantan.
“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.
Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.
Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.
“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San pula berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52(1), jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu diwujudkan dan pelantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan daripada kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.
Katanya, Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam serta hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran negeri.
“Saya ingin merujuk kepada lapporan hari ini berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa pada ‘pendapat’ beliau, keputusan untuk melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah ‘confirm’ kerana Tuanku telah berkenan untuk melantik beliau.
“Kenyataan oleh Datuk Munir sebenarnya tiada sebarang asas perlembangan,” katanya.
Oleh itu kata beliau, adalah jelas bahawa pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malah, ia boleh dilantik daripada kalangan mereka di “Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan” termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.
Perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam” tidak disebut secara khusus dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
“Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
“Ini sekali gus bermakna bahawa Setiausaha Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terus kepada Menteri Besar,” katanya.
Oleh itu kata beliau, pelantikan penyandang jawatan tersebut wajar dirujuk kepada kerajaan negeri Selangor dan lebih baik lagi pendangan dan pendapat kerajaan negeri diambil dan diterima pakai kerana Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan jawatan yang penting.
“Dan, sesiapa yang memegang jawatan ini mestilah seorang yang berupaya dan berkebolehan. Sesiapa yang dilantik ke jawatan ini perlulah seorang yang tidak berkontroversi,” katanya.TMI

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BUSUKNYA HATI SPESIS MELOYA DR ATAS SAMPAI KE BAWAH!

Tanpa Nama berkata...

KAUM KERABAT JENIS NIE TIDAK INGAT MATI...

BERDENDAM TA' ABIS2

NIELAH PERANGAI ORG MELAYU ISLAM PLASTIK!!!

otaklunyai berkata...

Susahlah rakyat kerana masih ada pemimpin yang kurang cerdik. Rakyat nak menumpang teduh tetapi akibat dari kurang cerdiknya rakyat akan menjadi susah. Janganlah bongkak sangat dengan kuasa yang sedikit yang di berikan oleh Allah S.W.T. Gunakan akal dan budi bicara demi kesejahteraan rakyat dan negeri yang telah terbukti berjaya dikendalikan oleh PR yang memerintah dengan telus dan cekap. Allah dah berikan kebaikkan tetapi kita masih memilih kemusnahan malah menjadi punca kehancuran itu. Apalah agaknya habuan yang bakal diterima ya... Ayuh rakyat tingkatkan kesedaran untuk menilai punca kehancuran bangsa sendiri...

hangjebat berkata...

Hakikatnya ini ada kaitan dengan "projek".Raja-raja Melayu dan kerabat depa kerap disuapkan dengan projek-projek oleh UMNO.Apabila tengkok sudah terkait,seperti yang berlaku diPerak,maka hidung pun senang dicucuk.Kalau Raja-Raja Melayu sudah tidak hiraukan akan kedudukan dan mertabat mereka,jangan salahkan rakyat sekiranya ada yang berkasar dengan mereka."You must earn your respect".

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....