Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 30 Disember 2010

MB Kedah Tidak Tahu Mahfuz Letak Jawatan



KUALA LUMPUR, 30 Dis — Datuk Seri Azizan Abdul Razak(gambar atas) berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar(gambar kiri) telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato Sdn Bhd baru-baru ini.
Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu.
“Saya tidak tahu apa-apa, saya juga tidak terima surat lagi.
“Saya tak dapat apa-apa maklumat mengenai (peletakan jawatan Mahfuz) itu,” kata beliau sambil meminta semua pihak jangan buat spekulasi yang bukan-bukan.
Mahfuz berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Kedah Sato berkuat kuasa serta-merta.
Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).
“Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato,” katanya.
Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.

“Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...,” katanya.
Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar, Mahfuz berkata: “Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya.”
Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....