Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 7 November 2010

Pemilihan PKR : Azmin Terus Dahului Zaid


KUALA LUMPUR, 7 Nov: Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali terus mendahului Datuk Zaid Ibrahim dalam pemilihan parti itu walaupun sebelum ini Sabah dianggap sebagai kubu kuat Zaid.
Berdasarkan keputusan tak rasmi daripada 77 cabang yang diperoleh setakat ini - 68 sebelum ini dan 9 hari ini - Azmin mendapat 4,146 undi, Zaid 3,402 dan Mustaffa Kamil Ayub 1,189.
Ini bermakna, Azmin unggul depan dengan majoriti 744 undi, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, keputusan berdasarkan sumber dalaman parti menunjukkan perbezaan kecil daripada segi jumlahnya di mana Azmin dikatakan mendapat 4,197 undi, Zaid 3,405 dan Mustaffa 1,186 undi.
Sebanyak 12 cabang dijadual mengadakan pemilihannya semalam.
Dua daripadanya - Silam dan Penampang - ditangguhkan kepada 20 November atas sebab-sebab tertentu.
Manakala satu lagi kerusi, Libaran - antara kerusi terbesar yang mengadakan pemilihannya hari ini - setakat jam 11 malam, keputusannya masih belum diketahui.
Minggu lalu Azmin mengutip 3,051 undi, Zaid sebanyak 2,529, Mustaffa pula mendapat 1,149 undi.
Keputusan rasmi pemilihan untuk minggu ini dijadual diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu sidang media Isnin ini.

Berikut keputusan pemilihan PKR mengikut cabang:
Pasir Mas: Azmin (35), Zaid (53), Mustaffa (0)
(89 daripada 490 turun mengundi)
Kota Belud: Azmin (16), Zaid (133), Mustaffa (1)
(153 daripada lebih 2,000 turun mengundi)
Papar: Azmin (124), Zaid (28), Mustaffa (2)
(154 daripada kira-kira 2,700 turun mengundi)
Sandakan: Azmin (417), Zaid (25), Mustaffa (13)
Keningau: Azmin (26), Zaid (169), Mustaffa (3)
Kota Kinabalu: Azmin (34), Zaid (162), Mustaffa (0)
Ranau: Azmin (153), Zaid (107), Mustaffa (10)
(290 daripada kira-kira 3,800 turun mengundi)
Kudat: Azmin (67), Zaid (138), Mustaffa (2)
(222 daripada 2,226 turun mengundi)
Beufort: Azmin (223), Zaid (58), Mustaffa (9).

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....