Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 25 November 2010

Mahkamah tolak permohonan Jenapala cabar pemilihan pusat PKR

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas timbalan setiausaha agung PKR P. Jenapala(gambar) bagi mendapatkan pengisytiharan beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden parti itu atas alasan ia tiada kuasa untuk mendengar kes tersebut.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Aziah Ali selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.
Menurut peguam yang mewakil PKR, Razlan Hadri, mahkamah telah memutuskan bahawa tidak mempunyai kuasa untuk mendengar hal-hal yang melibatkan parti politik.
“Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak hari ini, hakim memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mendengar keputusan yang dibuat oleh parti politik, keputusan parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli.
“Hakim juga berkata masalah yang melibatkan parti tidak boleh dibawa ke mahkamah, kalau ahli tidak berpuas hati mereka boleh bantah dalam mesyuarat dalaman parti.
“Atas sebab ini, hakim memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Ingin saya tegaskan bahawa mana-mana ahli tidak boleh membawa kes parti ke mahkamah dan ia bukan terhad kepada PKR sahaja, tetapi semua parti politik di Malaysia kerana ia adalah undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tersebut.
Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Pada hari berikutnya, beliau memfailkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.
Dalam afidavitnya, Jenapala, 56, berkata, beliau menyertai PKR pada Mei 1998 dan menjadi timbalan setiausaha agung dari awal 2008 hingga meletakkan jawatan secara lisan pada Disember tahun yang sama.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa penolakan beliau sebagai calon timbalan presiden adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai ahli parti.
Tambah Razlan, sekiranya mahkamah diberi kuasa untuk mendengar hal-hal berkaitan parti politik, maka ramai ahli yang akan membawa kes ke mahkamah sehingga terpaksa mengabaikan kes-kes lain.
“Mahkamah tidak boleh digunakan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati tentang keputusan parti. Jika mahkamah terus digunakan untuk selesaikan masalah dalam parti, maka kes yang membabitkan rakyat biasa tidak dapat diselesaikan berikutan mahkamah yang dibanjiri dengan kes ahli politik,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR R. Sivarasa yang turut hadir dalam prosiding tersebut berkata, mahkamah membuat keputusan itu kerana tidak mempunyai kuasa mendengar masalah dalaman yang membabitkan parti politik seperti yang termaktub dalam Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan.

“Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan memperuntukkan apa-apa keputusan yang dibuat parti politik atau pegawai (termasuk setiausaha agung) yang berkaitan dalam urusan dalaman parti tidak boleh dicabar dan dibawa ke mahkamah.
“Berikutan itu mahkamah menolak permohonan Jenapala dengan kos RM15,000,” katanya.
Selain Sivarasa, turut hadir Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya.
Sebelum prosiding diadakan, media terlebih dahulu diarahkan keluar oleh Aziah.
Prosiding tersebut bermula pukul 3.30 petang dan tamat kira-kira pukul 5.45 petang.
Dengan keputusan itu, PKR boleh mengumumkan keputusan rasmi pemilihan parti itu termasuk jawatan timbalan presiden ketika Kongres Nasional PKR yang akan bermula esok.
Selain Razlan, PKR turut diwakili peguam Ranjit Singh manakala Jenapala pula diwakili James Khong.
Jenapala ketika ditemui berkata, beliau akan mengemukakan rayuan selewat-lewatnya esok.
“Kita akan buat rayuan terhadap keputusan dibuat hari ini.
“Saya tidak berpuas hati terhadap hujah dan keputusan hari ini, peguam lawan menggunakan Seksyen 18 (C) untuk menyerang saya,” katanya.
Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR.
Pada hari berikutnya, beliau memfailkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa penolakan beliau sebagai calon Timbalan Presiden adalah tidak sah dan bertentang dengan haknya sebagai ahli parti.
Dalam samannya, beliau menamakan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan.Jenapala diwakili peguam James Khong.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....