Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 Oktober 2010

Tidak cukup pencalonan, Nurul tak boleh tanding timbalan presiden


KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.
Minggu lalu, Datuk Zaid Ibrahim yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat, yang disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden menyatakan kesediaan memberi laluan kepada Nurul Izzah jika bersedia bersaing kerusi nombor dua itu.
Bulan lalu, Nurul Izzah (gambar) mengisytiharkan hasrat mahu bertanding jawatan naib presiden.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan yang Nurul Izzah tidak menerima dua pencalonan yang dikehendaki.
“Setakat ini, maklumat yang kami terima menunjukkan Nurul Izzah tidak cukup pencalonan. Beliau hanya ada satu pencalonan. Kalau berdasarkan kedudukan itu, beliau tidak boleh bertanding,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.Bagaimanapun Nurul Izzah bertanding naib presiden.
Kesemua 208 caban PKR dikehendaki menghantar senarai pencalonan kepada ibu pejabat menjelang kelmarin.
“Kami akan proses dan teliti senarai laporan yang dihantar oleh cabang-cabang dengan tarikh akhir 10 Oktober lalu,” kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.Mereka yang layak perlu menerima pencalonan masing-masing menjelang Sabtu ini.

Dalam kenyataan pagi tadi, Nurul Izzah berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding jawatan timbalan presiden.
Dalam khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menunggu notis rasmi tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan tertinggi parti sebelum membuat sebarang keputusan.
“Saya sedang menunggu kenyataan rasmi dari pejabat pusat tentang senarai calon yang layak bertanding untuk jawatan-jawatan tertinggi parti.“Bila keluar kenyataan rasmi barulah keputusan boleh dibuat,” katanya.
Tiga pemimpin sudah mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang masing-masing merupakan naib presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.Kelmarin Khalid telah mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor dua PKR.Sebelum ini Nurul Izzah berkata akan mengumumkan pendiriannya kelmarin.
Beliau merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....