Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 31 Oktober 2010

PRK Galas : Pas Masih Ketinggalan,Sokongan Sekitar 49%



GUA MUSANG, 31 Okt — Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah memasuki hari keenam, namun PAS masih menganggap parti itu sebagai ‘underdog’ dengan sokongan sekitar hanya 49 peratus — naik satu peratus berbanding awal minggu lalu.
Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS DUN Galas Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengakui Barisan Nasional (BN) masih lagi mendahului dari segi sokongan pengundi. “BN masih lagi mendahului kita.
“Kita masih lagi anggap kita sebagai underdog dalam pilihan raya kecil ini.
“Disebabkan calon kita (Dr Zulkefli Mohamad) lebih baik dari calon BN (Abdul Aziz Yusoff) sokongan kita naik 49 peratus,” kata beliau pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini.
Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kempen parti itu untuk mengekalkan kerusi DUN Galas pada pilihan raya kecil kali ini bermula dengan keyakinan sebanyak 48 peratus.
Wan Abdul Rahim berkata kemenangan PAS di DUN Galas kini bergantung kepada undi orang Melayu yang mempunyai jumlah terbanyak di kawasan itu.
“PAS yakin undi Cina meningkat dan persaingan sekarang adalah pengundi Melayu yang akan menentukan kemenangan parti yang bertanding.
“Pengundi Melayu kini yang jadi sasaran dan untuk memastikan kemenangan PAS kita perlu mempertahankan kawasan yang dimenangi PAS terutamanya di Sungai Terah di mana kita mendapat undi 69 peratus pada 2008,” katanya. Ahli Parlimen Kota Baru itu juga berkata, PAS akan menubuhkan jawatankuasa khas keselamatan yang akan memantau mana-mana individu yang cuba menyogok pengundi-pengundi.

“Kita akan arahkan jawatankuasa ini bergerak bermula esok 1 November (esok) hingga 3 November dalam usaha untuk membanteras pihak yang akan menyogok pengundi.
“Mana-mana pihak yang cuba membuat sogokan yang kita percaya sebanyak RM1,000 dan televisyen ini kita akan tahan dan serahkan kepada polis.
“Setakat ini kita sudah terima maklumat bahawa sogokan ini akan berlaku jadi kita perlu bersiap sedia dan membanteras perkara ini daripada berlaku,” katanya.
Tambah beliau, tindakan menyogok pengundi dengan wang ringgit ini merupakan satu kesalahan besar dan boeh disifatkan sebagai “penjenayah”.
“Kita akan berjaga di peti-peti undi dan akan menahan sesiapa sahaja yang disyaki,” katanya.
Mengenai kos pengangkutan kepada pengundi luar yang berjumlah RM250, Wan Abdul Rahim berkata, ia sudah menjadi amalan biasa dalam parti itu untuk menarik minat pengundi supaya pulang untuk menjalankan kewajiban.
“Ia sudah jadi amalan biasa, bukan perkara baru dalam PAS. “Ini bukan sogokan cuma untuk membiayai kos pengangkutan pengundi di luar. Kalau mereka bijak mereka boleh dapat dari PAS, Umno dan juga MCA.
“Kita hanya beri wang pengangkutan sahaja, soal undi kita tidak tahu. Umno dan MCA juga melakukan perkara sama,” katanya.
Semalam Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, PAS akan menanggung kos pengangkutan pengundi luar untuk balik mengundi pada 4 November nanti.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyadangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah.
DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana BN meletakkan Abdul Aziz manakala PAS meletakkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Zulkefli.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Satu ingatan kepada jentera pilihanraya Pas supaya tidak memandang remeh kekuatan lawan. Ini juga satu motivasi supaya jentera kita bekerja dengan lebih gigih dalam meraih sokongan pengundi dun Galas terutama pengundi melayu yang dilihat majoritinya masih menyokong BN terutama di felda2.
Dengan kerja kuat dan komitmen yang tinggi petugas Pas di semua peringkat ambo percaya kemenangan akan memihak kepada Pas di dun Galas...Insyaallah.....

2 ulasan:

Awanama berkata...

mcm kaelantan kalahkan ns gak... insyaallah PAS akan beroleh kemenangan... amiennnn....

RW/TGNA Fans berkata...

Allahuakbar !!!! gomo kelate gomo,nmembangun bersama islam...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....