Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 8 Oktober 2010

Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang Keluar Parti Sertai PKR

KUALA LUMPUR: Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng, Khamis, mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lee, yang popular dengan panggilan "Doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dapat parti kepada ibupejabat MCA tengah hari Rabu selepas beliau kembali dari luar negara.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini Khamis beliau berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.

"Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya.

Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008.

Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lepas apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya.

Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu. - BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH....TAHNIAH....TAHNIAH...
PADAN MUKA UMNO...DLM MEREKA MERANCANG BERBAGAI SERANGAN KE ATAS ANWAR DAN PKR... MEREKA JUGA DITOLAK OLEH MCA....

Tanpa Nama berkata...

Umno yang menjadi teras BN dah reput, tinggalkan BN dan Umno tu, dah tak releven, parti perkauman, mari bersama Pakatan Rakyat, "Harapan Baru Rakyat Malaysia".

Jan...uum.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....