Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 8 Oktober 2010

Ibrahim Ali Tak Berani Sahut Cabaran Khalid Samad


PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali(gambar atas) tidak mahu melayan cabaran ahli parlimen PAS, Khalid Samad(gambar kiri) supaya beliau bertanding di Galas.

Dalam SMS kepada FMT, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu menulis "Tidak penting untuk melayan."

Tokoh politik veteran itu juga tidak memberi respon sama Perkasa akan berkempen membantu BN mendapatkan pengundi Melayu.

Rabu lalu, Khalid telah mencabar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Galas untuk membuktikan Perkasa tidak disokong Umno.

SPR menetapkan 26 Oktober sebagai hari penamaan calon dan 4 Oktober hari mengundi.
Pilihanraya kecil Galas diadakan berikutan kematian Adun PAS, Che Hashim Sulaima, pada 27 September lalu akibat kanser.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin tidak senang jika Umno rapat dengan Perkasa.

Sebaliknya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno akan kalah jika mengetepikan pertubuhan itu. FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....