Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Oktober 2010

Ahli Parlimen PR Desak Speaker Ambil Tindakan Tegas Terhadap Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 11 Okt - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali(gambar kanan) yang enggan bangun apabila Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta kesemua ahli parlimen berdiri dan bertafakur bagi menghormati bekas Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong yang mati akibat kemalangan, Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata sungguh pun Edmund bukan seorang Islam dan bukan seorang Melayu, tetapi adalah menjadi adat dan nilai kita sebagai rakyat Malaysia menghormati antara satu sama lain.

"Jelas,Ibrahim tidak bangun, beliau juga tidak menghormati dewan apabila bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbitnya, ini menunjukkan beliau seolah-olah tidak menghormati permintaan Speaker dan pemergian Ahli Parlimen Batu Sapi.

"Jadi, harus diingat beliau sebagai Presiden Perkasa, sudah tentu tindakan beliau memberikan gambaran beliau tidak menghormati seorang yang bukan melayu dan bukan Islam," ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang menyelar sikap Ibrahim menyatakan sekeras-kerasnya kecaman dan kritikan terhadap tindakannya yang dianggap sebagai biadap dan berbentuk provokasi.

"Beliau seolah-olah menunjukkan sikap dan pendirian yang beliau ingin orang Melayu ambil iaitu tidak perlu menghormati orang bukan Melayu. Bila dalam kes seperti ini apabila diminta mengambil pendekatan yang 'basic' dan 'simple', beliau terus duduk dan bercakap menggunakan telefon bimbitnya tanpa menghiraukan permintaan Speaker.

"Beliau hendak menunjukkan gahnya konon semangat pejuang Melayu. Inikah nilai-nilai yang ingin kita benarkan di dalam parlimen kita ini?.

"Bagi saya, tindakan beliau yang bercanggah dengan semangat 1 Malaysia, bercanggah dengan perlembagaan negara yang inginkan kesatuan dan perpaduan bagi rakyat Malaysia, beliau sepatutnya dihalau keluar daripada parlimen.

Menurut Khalid lagi, apa yang malang adalah sikap itu dibenarkan dan kita tidak melihat ahli parlimen atau kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional menghalau Ibrahim keluar daripada dewan.

Sikap yang ditunjukkan Ibrahim itu juga kata Khalid bercanggah dengan ajaran Islam di mana Rasullulah SAW sendiri menghormati jenazah walau pun si mati adalah seorang yahudi.

"Kita mendesak supaya parlimen mengambil tindakan yang tegas terhadap sikap biadap oleh Ahli Parlimen Pasir Mas itu," tegas Khalid dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen, tengahari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail. Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....