Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Oktober 2010

Ahli Parlimen Padang Serai Ugut Keluar PKR Jika....


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung buat julung kali.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.
“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.
“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.
“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.
Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.
Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.
“Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.
Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.
Hari ini beliau merujuk kepada kekecohan ketika pemilihan cabang Subang dua minggu lalu di mana Naib Presiden R. Sivarasa gagal untuk mempertahankan kerusinya.
“Tetapi sekarang kawan kita dari Subang V. Sivam (yang dipilih sebagai naib ketua) semalam diumumkan bahawa dia digantung sementara menanti tindakan disiplin,” katanya lagi.

“Keputusan dibuat tanpa memanggil MPP ataupun memaklumkan MPP dan saya percaya keputusan itu dibuat oleh beberapa orang yang ada di sana untuk menyelamatkan Sivarasa yang telah tewas,” katanya.
Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata JPP yang bermesyuarat pada 5 Oktober lalu telah meneliti laporan oleh pengawas pemilihan dari hal pemilihan cabang Subang yang telah diadakan 26 September lalu.
“Pemilihan cabang Subang dibatalkan berikutan ancaman dan ugutan yang diterima oleh pengawas-pengawas pemilihan dan petugas-petugas serta ahli JPP Sabaruddin Mohd Yassin.
“JPP juga telah memutuskan dua individu iaitu Muhammad Najmi Samsudin dan Sivam Veeramuthu telah hilang kelayakan bertanding pada pemilihan cabang Subang yang akan diadakan semula apakala tarikh baru ditentukan oleh sekretariat parti.
“Mereka berdua akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin untuk tindakan selanjutnya bila mana mereka akan dipanggil memberi keterangan.
“Sementara menunggu kes mereka dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin, keanggotaan mereka digantung mengikut fasal 27.3 Perlembagaan Parti berkuat kuasa serta-merta,” kata Saifuddin dalam kenyataannya semalam.
“Saya percaya JPP telah gagal. Saya minta bersihkan kesemua kes sebelum pemilihan pusat parti, atau bubarkan mereka dan menangguhkan pemilihan kebangsaan selama satu atau dua bulan agar ia adil kepada semua,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Saifuddin pada sidang media di pejabatnya tengah hari tadi enggan memberikan sebarang komen berhubung kenyataan Gobalakrishnan itu.
“Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu sebab belum tahu sebab-sebabnya.“Tunggu dapat laporan rasmi baru saya akan beri ulasan,” kata Saifuddin lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....