Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 September 2010

Tok Guru Nik Aziz lawat keluarga Sosilawati




Tok Guru Nik Aziz Nik Mat (kanan) dan Buhari (kiri) pada sidang media di rumah Sosilawati di Gombak, tengah hari tadi.

GOMBAK, 20 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melawat keluarga jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh dengan kejam bersama tiga yang lain baru-baru ini.

Dalam lawatan ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis di sini, Nik Aziz yang turut diiringi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menemui bekas suami pertama Sosilawati Buhari Mohamad selain anak-anak ahli perniagaan itu.

“Tujuan saya datang hari ini adalah untuk mengucapkan takziah kepada keluarga beliau (Sosilawati) yang dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

“Ini kerana apabila berlaku kematian sudah menjadi kewajiban untuk saya datang melawat dan mengucapkan takziah selain bercakap sesuatu yang boleh menenangkan keluarga mangsa,” katanya ketika sidang media selepas menemui keluarga Sosilawati.

Beliau juga berharap keluarga Sosilawati supaya bersabar dan menganggap apa yang berlaku ini adalah kehendak Allah.

Baca seterusnya...

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....