Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 September 2010

Timbalan Presiden PKR,Syed Husin dijangka kekal pendirian

Syed Husin: Jika pucuk kepimpinan terima, saya akan melepaskan jawatan ini.

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Senator Dr Syed Husin Ali dijangka menjernihkan persoalan mengenai persaingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi ini — dijangka kekal dengan pendirian tidak mempertahankan kedudukannya — keputusan yang dijangka menjadi penentu ‘kehangatan’ saingan kerusi nombor dua itu.
“Saya sudah membuat keputusan, jika tidak saya tidak akan memanggil sidang akhbar,” kata Syed Husin tetapi enggan menyatakan sama ada beliau sudah berkongsi keputusannya dengan pucuk kepimpinan.
“Soalan itu boleh ditanya esok (pada sidang media hari ini),” kata beliau.
Difahamkan pucuk kepimpinan parti sudah menerima pendirian beliau yang tidak mahu mempertahankan kedudukannya kali ini.
Sebelum ini Syed Husin pernah memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan — Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing penasihat dan presiden parti sebelum mengumumkan keputusannya kepada umum.
“Jika pucuk kepimpinan terima, saya akan melepaskan jawatan ini,” kata Syed Husin dalam pertemuan awal tahun ini.
Syed Husin dijadual mengadakan sidang media di sebuah hotel, beberapa pintu dari ibu pejabat PKR.
Beberapa pihak berkongsi mesej Twitter sebab Syed Husin memanggil sidang media untuk mengumumkan pendiriannya.

Mesej-mesej itu menyebut, keputusan memanggil sidang media mencetuskan kemusykilan bahawa beliau akan mengumumkan akan bertanding semula untuk mengekalkan jawatannya.
Bagaimanapun ada yang berpandangan bahawa beliau mahu mengumumkan secara rasmi dan terbuka menerusi sidang media.
Malah selaku timbalan presiden, sekiranya beliau tidak mahu bertanding ada yang bertanya mengapa perlu mengadakannya sidang media di hotel berkenaan.
Beberapa pemimpin yang dihubungi berkata mengambil kira prinsip Syed Husin, beliau akan mematuhi peraturan parti iaitu keputusan terbaru pemilihan menegaskan apa-apa aktiviti kempen pemilihan tidak boleh diadakan di premis ibu pejabat parti.
Ada juga pemimpin mengatakan bahawa sekiranya Syed Husin mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya, kemungkinan beliau akan menzahirkan sokongan kepada calon bagi jawatan-jawatan tertentu.
“Mungkin sebab itu beliau mengadakan sidang media di premis lain sebab tidak wujud salah saham,” katanya lagi.
The Malaysian Insider juga difahamkan beberapa pihak akan bertemu dengan Anwar dan Syed Husin petang semalam mengenai pendirian mereka tentang pertandingan pada kali ini.
Justeru, ada yang berpendapat bahawa pengumuman Syed Husin hari ini akan menjadi penentu sama ada Naib Presiden Azmin Ali yang baru-baru ini menerima sokongan daripada 20 ahli Parlimen dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan akan bertanding ataupun sebaliknya.
“Azmin Ali mahu menghormati Syed Husin, beliau tidak mahu dilihat bercita tinggi mengejar jawatan,” kata seorang pemimpin lagi.
Kerusi itu kemungkinan disaingi tiga lagi calon termasuk ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang.
Selain Azmin dan Zaid, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty.
Kesemua 218 cabang PKR akan mengadakan mesyuarat tahunan masing-masing mula 17 September ini.
Semalam, kepimpinan PKR Kedah mahu kesemua cabang di negeri itu mencalonkan Anwar bertanding jawatan presiden pada pemilihan kali ini.
Bagi jawatan timbalan presiden PKR negeri itu akan membuat pengumuman dalam sehari dua ini khususnya selepas Syed Husin mengumumkan pendiriannya hari ini.
Minggu lalu Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Selangor mengesyorkan agar Anwar dan Wan Azizah bertanding jawatan timbalan presiden ataupun mengekalkan status quo semasa.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....