Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 September 2010

Sumbangan RM 4 Bilion Pada Pas Kelantan,Ulasan Tok Guru Nik Aziz


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai sumbangan sebanyak RM4 bilion yang diberikan oleh sebuah syarikat, I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World) kepada Pas Kelantan.
Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek untuk membangunkan Pantai Sri Tujoh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab.
"Sebagai ketua parti, saya tidak tahu pasal duit RM4 bilion, baru pagi ini saya tahu. Dia (Abdul Rahim) baru jumpa saya dua hari lepas dan dua bulan lepas juga dia (ada) datang juga.
"Mengenai projek di Pantai Sri Tujoh, nak lulus (sesuatu projek) kena buat surat, (hantar permohonan) ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan kemudian ke Exco. Dia kata nak buat projek, saya kata marilah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Forum Model Baru Ekonomi (MBE) di Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.
Sementara itu, Bernama melaporkan, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I'DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan.
Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Nik Aziz untuk menerima replika cek itu pada suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, dua hari lepas.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai I'DA World yang menimbulkan misteri dan kejutan apabila bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.
Ia sebagai sumbangan untuk kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.
Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.
Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa yang PokNik tau? Ntahlah...cuma untuk kelirukan umat Islam.

otaklunyai berkata...

assalamualaikum w.b.t,

Sumbangan jika ikhlas dengan niat kerana Allah apatah lagi jika untuk membangunkan Syariat Islam adalah amat baik dan terpuji. dan sudah semestinya ganjaranNya amat besar. Namun dalam keadaan sekarang pihak PAS atau siapa2 saja MESTI berhati-hati dalam apa2 juga perkara yang boleh atau akan melibatkan PAS kerana kita amat sedar dan tahu musuh-musuh PAS (ISLAM) sedang mengatur strategi untuk menggagalkan usaha untuk mengambil alih pemerintahan yang sesat lagi menyesatkan sekarang ini. Segala macam bentuk fitnah di susun reka sebaik-baiknya untuk menjatuhkan PAS sebagai peneraju utama kearah pembentukan pemerintahan yang berteraskan ISLAM yang Syumul. Jadi berhati-hatilah dan bertawakkal lah kepada ALLAH. Pepatah orang tuan juga ada menyebut "Pelanduk Selalu Melupakan Jerat Tetapi Jerat Tidak Pernah Melupakan Pelanduk". Namun maksud Firman Allah "Mereka merancang dan Allah juga Merancang dan Sesungguhnya Allah adalah Sebaik-baik Perancang" .. Bertawakkallah kepada Nya dan terus berusaha dan lebih bijak dalam melakukan sesuatu tindakan yang selalunya akan menimbulkan Fitnah kerana ianya telah dirancang sebaiknya oleh musuh Allah. Wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

" Sementara itu, Bernama melaporkan, adik Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari I'DA World atas sifat peribadi dan bukannya mewakili parti atau kerajaan Kelantan. "

Kalau cek itu nama " Nik Din " barulah ianya dipanggil atas sifat peribadi ..

Protokol mesti kena tahu .. Kalu tidak akan memalukan mereka yang tak sepatutnya dimalukan ...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....