Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 13 September 2010

Pemasyhuran Tengku Faris Sebagai Sultan Kelantan Bukan Rampasan Kuasa-Pakar


KUALA LUMPUR, 13 Sept — Istiadat pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru hari ini tidak harus dianggap sebagai satu rampasan kuasa, sebaliknya akan menamatkan ketidaktentuan di negeri itu yang berlarutan sejak lebih setahun, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.
“Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejaskan konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya.“Saya fikir ia patut dilakukan sejak awal lagi,” kata beliau dalam ulasannya hari ini.
Sementara istiadat itu diadakan peguam Sultan Kelantan semalam memaklumkan bahawa dua petisyen telah difailkan di Mahkamah Persekutuan semalam, dipercayai bersangkut paut dengan pelantikan sultan yang baru menggantikan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra yang gering sejak awal tahun lalu.
Ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa ini berkata, “perlu diingat bahawa letak jawatan dan dipecat adalah biasa dalam sistem beraja.”
“Ini pernah berlaku di Malaysia ketika zaman British selepas Perang Dunia Kedua yakni di Selangor, Perlis dan Terenggganu. Begitu juga di Brunei dan United Kingdom,” kata beliau lagi.
Kekanda Sultan Kelantan Tengku Merjan Sultan Yahya Petra berkata pemasyhuran Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini — sekitar 11.30 pagi ini — boleh disifatkan sebagai cubaan rampasan kuasa.
Tengku Merjan berkata ini kerana Perlembagaan negeri menyatakan pemerintah Kelantan hanya boleh digantikan dengan tiga cara sahaja iaitu sultan mangkat, menghilangkan diri dari Kelantan tanpa alasan kukuh lebih daripada setahun ataupun sultan turun dari takhta.
Katanya, sebarang tindakan menyingkirkan Tuanku Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan di luar daripada cara yang ditetapkan oleh Perlembagaan negeri adalah satu kudeta dan boleh dikategorikan sebagai penderhakaan di bawah Kanun Keseksaan.
“Esok (hari ini) bakal menjadi hari yang sedih kepada sistem pemerintahan beraja di Malaysia sekiranya konspirasi tersebut berjaya menyingkirkan baginda,” kata beliau.
Aziz berpendapat suasana tidak menentu ekoran kegeringan Sultan perlu ditamatkan dan apa yang akan dilakukan pagi ini dengan memasyhurkan, yakni melantik Pemangku Raja sebagai sultan baru tepat.
“Yakni dalam konteks perlembagaan dan juga kestabilan negeri Kelantan. Ia juga penting dalam menjaga nama baik konsep raja berperlembagaan supaya imej berebut takhta dan berkelahi sesama adik-beradik dapat dihentikan,” kata Aziz.

Pakar perundangan ini berpendapat, langkah yang diambil Majlis Perajaan Negeri adalah penting supaya proses pentadbiran oleh kerajaan negeri tidak terjejas.
“Sultan memainkan peranan penting dalam proses ini,” kata beliau.
Aziz juga berpendapat bahawa istiadat pemasyhuran pagi ini dibuat berdasarkan peruntukan yang baru digazetkan.
“Pada saya ini setakat menjelaskan; tanpa peruntukan ini pun Majlis Perajaan Negeri yang mempunyai kuasa dan peranan penting dalam melantik dan memecat sultan boleh melantik sultan yang baru,” katanya.
Aziz menambah, sebagaimana Majlis Raja-Raja dalam konteks Yang di-Pertuan Agong, Majlis Perajaan Negeri Kelantan adalah kuasa tertinggi yang perlu bertindak dalam keadaan-keadaan yang genting.
Sehubungan itu kata beliau, keputusan dan tindakan Majlis Perajaan Negeri tidak boleh dipersoalkan di mahkamah.
“Ini telah diakui oleh mahkamah sendiri dalam banyak kes. Kes-kes yang lalu, contohnya, yang melibatkan cabaran ke atas Yang di-Pertuan Agong (1987) dan Sultan Terengganu (1996) dan terbaru di Kelantan (2009) jelas menunjukkan keengganan mahkamah untuk menyemak dan campur tangan dalam pertikaian takhta,” katanya.
Malah menurut Aziz, sebagai ketua agama Islam jawatan sultan perlu dilihat dalam konteks Islam.
“Kesihatan sultan jelas tidak memenuhi syarat untuk baginda terus kekal sebagai sultan yang merupakan ganti khalifah. Amirul mukminin perlu sihat tubuh badan dan Sultan Ismail jelas tidak memenuhi syarat itu.
“Dan, dengan wujudnya beberapa orang waris, Tengku Faris sebagai yang terkanan, ganti sultan perlu dilantik.
“Tidak timbul soal rampas kuasa atau menjejas konsep raja berperlembagaan kerana apa yang dilakukan jelas mengikut peruntukan dan falsafah di sebaliknya,” katanya lagi.
Majlis Perajaan Negeri mengadakan majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan pagi ini menggunakan undang-undang yang baru yang diwartakan Julai lalu.
Langkah itu dilihat bakal mencetuskan satu lagi krisis perlembagaan negeri itu.
Istana Kelantan berada dalam krisis selepas Tuanku Ismail Petra gering sejak awal tahun lalu.
The Malaysian Insider difahamkan istiadat itu akan diadakan mengikut Perkasa 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), yang diwartakan 22 Julai lalu.
Sultan Kelantan gering sejak Mei 2009, menyebabkan Majlis Perajaan Negeri menamakan Tengku Muhammad Faris Petra, putera berusia 35 tahun, sebagai pemangku raja tahun lalu.
Istiadat pemasyhuran berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi 'Baca Disini'.
“Majlis Perajaan Negeri akan meneliti laporan-laporan perubatan dan juga laporan pemerhatian beberapa imam bahawa Sultan sudah tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang raja,” kata satu sumber Istana Kelantan kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada undang-undang baru.
Perkara 23A yang akan digunakan dalam istiadat ini berbunyi “Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat.”
“Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini.”
Difahamkan, kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Perkara 3(2) pula meyentuh syarat-syarat iaitu:
- (a) naik takhta kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;
- (b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal raja kepada kakhta kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;
- (c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada takhta Raja itu atau bakal raja ataupun bakal-bakal rajanya;
- (d) pelantikan dan sifat ketua-ketua pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan
- (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja,
bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain.”
Selain itu, maklumat yang diperoleh juga menyebut, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda, baginda telah memutuskan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....