Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 16 September 2010

Di Malaysia, saya dipanggil India,di India, saya dipanggil Malaysia…siapa saya?


BATU GAJAH, 16 Sept: Speaker Pakatan Rakyat Dun Perak, V Sivakumar berkata, rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara daripada segala ancaman.
“Kita lahir di Malaysia, kita juga akan mati di Malaysia, kita tidak ada negara lain melainkan Malaysia.
“Oleh, itu kita harus setia dan mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan Malaysia daripada segala bentuk ancaman. Kita mahu melihat Malaysia yang bebas daripada jenayah, rasuah, kronisme dan nepotisme,” ujarnya yang juga Adun Tronoh pada sambutan Hari Malaysia anjuran Pakatan Rakyat Batu Gajah yang bertemakan ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’, hari ini.
Sambutan itu diadakan pada pukul 10 pagi di Cawangan DAP Kampung Baru Bemban.
Turut hadir ialah Lim Pek Har (Adun Menglembu), Yang Dipertua PAS Batu Gajah, Ustaz Ismail, Wakil PKR saudara Anthony, Pengerusi DAP dari cawangan-cawangan Dun kawasan Tronoh, ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.
Program dimulakan dengan jamuan ringan diikuti dengan ucapan pimpinan tempatan untuk menyemarakkan Semangat Malaysia.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan berkata, “Bila saya berada di Malaysia, saya dipanggil India. Bila saya pergi ke India, saya dipanggil Malaysia…siapa saya?”
Soalnya, adakah 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri akan berjaya mencari satu penyelesaian untuk masalah itu yang dihadapi oleh sebilangan besar rakyat yang dilahirkan di negara ini.
“Atau pun 1Malaysia hanya sekadar mata kail untuk memancing undi dalam pilihan raya akan datang?” soalnya lagi.

Berikut kenyataan beliau mengenai Hari Malaysia.
Malaysia terbentuk pada 16 September 1965. Tetapi, sehingga tahun lalu tarikh itu tidak diberi keistemewaan oleh kerajaan. Hari kemerdekaan disambut dengan meriah pada tiap-tiap tahun pada 31 Ogos. Jalur Gemilang dipasang di seluruh negara. Tetapi, tidak ada iktibar yang sama untuk menyambut Hari Malaysia yang tidak kurang pentingnya pada 16 September.
Bagi Sabah dan Sarawak, tarikh 16 September mempunyai makna yang lebih besar daripada 31 Ogos. Walau bagaimanapun, 45 tahun telah berlalu untuk kerajaan sedar bahawa tarikh 16 September mempunyai ertikata yang sangat mendalam di sanubari setiap rakyat Malaysia. Pada 16 September inilah lahirnya nama baru untuk tanah air kita ‘Malaysia’.
Pakatan Rakyat mengiktiraf sepenuhnya Hari Malaysia untuk disambut meriah oleh seluruh rakyat negara ini termasuk Sabah dan Sarawak. Tekanan dan desakan telah diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan untuk membuka tirai menyambut Hari Malaysia yang penuh bermakna ini.
Atas desakan tersebut, maka pada tahun ini kerajaan telah mengisytiharkan 16 September sebagai hari cuti umum. Kerajaan telah sedar dan menjadikan pertikaian yang diungkitkan oleh Pakatan Rakyat sebagai satu pedoman untuk mengambil tindakan ini.
Kerajaan juga mengaku kesilapan yang telah dilakukan olehnya selama 45 tahun tidak memberi keutamaan yang sewajarnya kepada Hari Malaysia. Pemberian cuti umum pada 16 September ini merupakan satu kejayaan besar kepada usaha Pakatan Rakyat menanam Semangat Malaysia di kalangan rakyat jelata.
Semangat Malaysia ini adalah penting kerana negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Untuk menjamin kesejahteraan dan kemajuan negara, Semangat Malaysia ini akan menjadi tunggak perpaduan.
Kita tidak mahu rakyat negara ini pecah belah. Kita tidak mahu pihak-pihak tertentu mengancam perpaduan masyarakat dalam negara ini. Kita mahu lihat negara ini aman dan damai. Rakyat hidup secara muhibbah tanpa hasad dengki dan bermusuhan. Inilah aspirasi yang perlu ditanam di dalam jiwa setiap rakyat di negara ini. Kita juga harus mengutuk sekeras-kerasnya orang-orang yang mahu mencemarkan perpaduan negara ini.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....