Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 12 Ogos 2010

Timbalan Presiden PKR : Azmin masih bincang, Jeffery nafi mahu tanding



KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Azmin Ali(gambar atas) yang terus menjadi sebutan akan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum mencapi kata putus kerana beliau masih mengadakan perbincangan mengenai soal itu.
“Perbincangan masih diadakan,” kata beliau ringkas menerusi SMS kepada The Malaysian Insider ketika ditanya status pendirian dalam soal merebut kerusi nombor dua parti itu.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan tahap perbincangan dan dengan siapa perbincangan itu diadakan.
Ketika ditemui The Malaysian Insider akhir Mei lalu, Naib Presiden PKR itu memberitahu, beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan parti jika menerima pencalonan dan sokongan agar melangkah ke kerusi tersebut.
“Kita akan bincangkan dalam parti (jika ada pencalonan),” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.
The Malaysian Insider juga difahamkan kemungkinan akan ada usaha untuk berkompromi dan mengelakkan pertandingan.
Selain Azmin antara yang turut disebut-sebut akan merebut kerusi nombor dua PKR ialah Mustaffa Kamil Ayub dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
The Malaysian Insider difahamkan ada seorang dua menunjukkan minat, tetapi belum membuat keputusan muktamad.
Semalam anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa akan bertanding jawatan timbalan presiden, malah beliau menegaskan, tiada hasrat merebut sebarang jawatan.
Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider awal tahun ini, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau bersedia untuk melepaskan kedudukannya jika parti menerima hasrat beliau.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan sengit apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.
Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri walaupun menerima pencalonan.
Tiga tahun sebelum itu Syed Husin memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi.
Dalam pada itu, salah seorang Naib Presiden Datuk Dr. Jeffrey Kitingan(gambar kiri) menafikan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden.
“Saya tidak ada apa-apa hasrat, siapa kata begitu? Itu mungkin mereka berkata begitu, saya tidak bertanding,” katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui hanya akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.
“Saya akan mempertahankan jawatan naib presiden... saya akan mengumumkan bila sampai masa yang sesuai,” katanya.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....