Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 30 Ogos 2010

Kunjungi Masjid,Selepas Teo Ahli Parlimen Selayang Pula Jadi Sasaran


KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Selepas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching “diserang” kerana didakwa memberikan ucapan di ruang solat sebuah surau, rakan sejawatannya William Leong yang menjadi mangsa terbaru Umno-BN, mempertahankan tindakannya sambil meminta jangan mencampuradukkan politik dan agama.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Ahli Parlimen Selayang dari PKR itu berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.
“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.
“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.
Semalam, Mingguan Malaysia menyiarkan berita wakil rakyat itu dikatakan diberi kebebasan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.
Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Teo yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang minggu lalu.
Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, Leong memberitahu, tindakan laporan akhbar tersebut seolah-olah mahu menjatuhkan imejnya sebagai wakil rakyat.
“Saya hanya menjalankan tugas dan tiada niat untuk mempermainkan isu agama.
“Saya datang hanya beri sumbangan kemudian disuruh berucap sedikit, itu sahaja. Malah saya tidak bercakap apa pun mengenai politik,” katanya.
Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata kecewa apabila isu agama cuba dipolitikkan semata-mata mahu memberikan tanggapan negatif kepada beliau.
“Saya memang kesal kerana isu agama dan politik dicampuradukkan.
“Selain itu, saya harap isu ini tidak lagi dipolitikkan kerana bagi saya agama adalah agama bukan untuk dipolitikkan,” tegasnya.
Menurut Leong, sebanyak 10 masjid dan 17 surau di Parlimen Selayang akan menerima sumbangan sempena Ramadan.
“Saya hadir beri sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan saya, itu sahaja,” katanya lagi.TMI

1 ulasan:

otaklunyai berkata...

puak2 ubn laknatullah tu dah tak da modal nak di jadikan isu.. ditambah pula dengan sifat bodoh sombong dan bongkak ... menjadi-jadilah bodddo nya tuh... sanggup nak masuk neraka (buat fitnah di bulan mulia) sebab ikutkan nafsu syaitan... walaupun syaitan dibelenggu di bulan mulia ini, puak2 ubn ni makin teruk perangainya... sebab te setan pun tabik spring kat puak2 ubn nih... stan sebelum buat jahat dulu dia minta izin dengzn Allah S>W>T , tapi puak2 ni Allah larang buat dia lawan... tak peduli dia buat jer...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....