Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 30 Ogos 2010

Fitnah Tragedi 13 Mei : Awas Zainuddin Maidin !!!

Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.

PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS
menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat.

PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau.

Ustaz. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 ulasan:

azman kamarul berkata...

Saman saja orang gila ini.

Awanama berkata...

Ayuh PAS saman,jangan tak saman,orang tak sekolah tinggi ni.Dia bukan tau sejarah,bukan ada kelulusan tinggi pun.Dia dapat jadi menteri sebab pandai ampu Mahathir Kutty.Jangan terima kenyataan maaf kalau dia minta maaf.Terus saman dan bankrapkan sibodoh ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....