Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 11 Ogos 2010

Guna RM 873.4 Juta Wang Royalti,Pusat Mengaku Silap


- Namun Tidak mahu Bayar Sepenuhnya
KUALA TERENGGANU - Kerajaan dan rakyat Terengganu akan kerugian sebanyak RM173.4 juta wang royalti Petroleum kerana kerajaan Persekutuan hanya bersetuju membayar semula RM700juta daripada RM873.4juta yang telah digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Walaupun yang memerintah negeri Terengganu adalah Umno/BN sama seperti yang menguasai kerajaan Pusat, namun Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Dato' Seri Ahmad Said tidak mampu menuntut semula wang yang telah diguna pakai oleh kerajaan Pusat itu.

Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata kerajaan Persekutuan akur serta berjanji namun tidak akan membayar jumlah yang telah dibelanjakan bagi membina rumah diluar Terengganu itu.

“Mengenai isu wang royalti (Terengganu) yang digunakan oleh Syarikat Perumahan Negera Berhad (SPNB) adalah sebanyak RM873.4 juta.

“Pada peringkat awalnya (bincang) kerajaan pusat bersetuju membayar RM700 juta sahaja kepada kerajaan negeri yang digunakan oleh SPNB di negeri-negeri lain,” ujarnya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Adun PAS Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut pada Persidangan Yang Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman, Isnin, 9 Ogos.

Selain itu, sebanyak RM120 juta wang royalti hak rakyat Terengganu telah turut dibelanjakan SPN dalam melaksanakan projek perumahan mesra rakyat di negeri Terengganu sendiri.


Wang tersebut juga mungkin turut 'hangus' sekiranya kerajaan Umno/BN Trengganu yang diterajui Ahmad Said tidak bersungguh-sungguh mendesak kerajaan Pysat untuk membayarnya balik kepada negeri.

“Itu (RM700 juta) tidak ada pertikaian lagi. Cuma yang RM120 juta lagi telah digunakan oleh SPNB untuk projek perumahan mesra rakyat di Terengganu.

“Itu (RM120 juta) yang kita (kerajaan) pertikaikan dan kita (negeri) memohon kerajaan pusat membayar tambahan untuk RM120 juta itu.

“Bagi kita (rakyat) adalah tidak adil, duit (royalti) itu digunakan (SPNB) walau pun di negeri Terengganu, SPNB bina rumah dan dia (SPNB) mendapat bayaran balik,” jelas.Ahmad yang juga bersetuju dengan teguran serta peringatan wakil rakyat PAS Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid terhadap salahguna wang royalti Terengganu itu.BO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....