Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 5 Julai 2010

DUN Sarawak: Komponen Pakatan mula ‘teropong’ kerusi bakal ditanding



KUALA LUMPUR, 5 Julai — Komponen Pakatan Rakyat (PR) telah diarah agar mengenal pasti kerusi-kerusi yang hendak ditandingi parti masing-masing pada pilihan raya negeri Sarawak, yang disebut-sebut bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.Dewan Undangan Negeri Sarawak memperuntukkan 71 kerusi untuk direbut.
Ketiga-tiga parti dalam PR telah diminta mencadangkan kerusi pilihan mereka mengikuti pertimbangan masing-masing untuk dibincangkan secara terperinci oleh pucuk kepimpinan pakatan itu dalam waktu terdekat.
Jabatan atau jawatankuasa pilihan raya parti masing-masing akan membentangkan laporan mengenai aspek ini.Bagaimanapun tiada tempoh ditetapkan untuk tujuan tersebut.
“Majlis Kepimpinan Presiden minggu lalu telah meminta ketiga-tiga parti agar menyelesaikan urusan ini dengan mencadangkan kerusi yang mereka hendak tanding... urusan ini boleh mengambil kira aspek kapasiti, sokongan dan populariti komponen Pakatan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar(gambar kiri) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini memberitahu, langkah ini juga bertujuan mengelakkan pertembungan sesama sendiri kelak, dan bagi mencerminkan persefahaman antara komponen PR dalam menghadapi pilihan raya negeri ini.

“Kami mahu mengelakkan persaingan sesama komponen PR. Aspek ini juga sudah dicerminkan dalam pilihan-pilihan raya kecil, jadi kami fikir tiada masalah untuk amalkan pendekatan yang sama ketika pilihan raya umum negeri Sarawak,” kata beliau lagi.
“Pada 2006, di beberapa kawasan DAP, PKR dan PAS bertanding sama. Tapi kali ini, kami akan mengelakkan situasi ini, dan kami yakin tiada masalah untuk berbuat demikian,” kata Mahfuz lagi.
Pilihan raya umum negeri Sarawak ini juga merupakan yang pertama PR akan turun gelanggang bersama.
PR dibentuk selepas pilihan raya umum Mac 2008 setelah ketiga-tiga DAP, PAS dan PKR menjalin persefahaman dan kerjasama menghadapi Barisan Nasional (BN).
Mengenai formula pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti ini, Mahfuz berkata perkara tersebut belum dibincangkan.
“Soal pembahagian kerusi, kami akan membincangkan kemudian... sekarang kami akan memfokus soal mengenal pasti kerusi-kerusi yang hendak ditandingi ketiga-tiga parti.
“Aspek ini penting dan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri,” kata beliau sambil menambah, PR menjangkakan pilihan raya negeri kemungkinan akan diadakan serentak pilihan raya umum nasional.
Pilihan raya negeri Sarawak diadakan Mei 2006 dengan BN memenangi 62 daripada 71 kerusi ditandingi.
PKR menurunkan calon di 25 kawasan dan menang satu kerusi, DAP bertanding di 12 kawasan dan menguasai enam kerusi manakala PAS yang hanya meletakkan calon di satu kawasan tetapi gagal.
Seramai 21 calon Bebas bertanding dan menang satu kerusi manakala Parti Kebangsaan Sarawak juga menang satu kerusi.Mandat semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat pada Julai 2011.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengumuman Dato Mahfuz Omar ni membawa rangsang kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan diri bagi pilihanraya Sarawak.DAP memang sudah punya tapak yang kokoh disana.Parti Keadilan wajar memilih calun yang sesuai agar tak senang melompat.PAS pula wajar mengembangkan sayapnya keSarawak dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk diletakkan calun.Nak tengok apa Halim,Pengarah Pilihanraya PAS Pusat boleh buat.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....