Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 27 Mei 2010

Khalid didesak lepaskan jawatan pengerusi PKR Selangor?

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula malam ini, dijangka antara lain akan menggesa perubahan kepimpinan parti peringkat negeri khususnya di Selangor.
Desakan perubahan di Selangor dijangka menjadi perhatian ekoran kesan kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil 25 April lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perwakilan dari Selangor dijangka membawa cadangan meminta agar pucuk kepimpinan negeri memikul tanggungjawab atas kegagalan itu dengan melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor.
Malah difahamkan desakan itu juga antara kandungan laporan bedah siasat yang disediakan baru-baru ini.
Kongres Nasional Keenam bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Pemuda dan Wanita manakala peringkat pusat Sabtu dan Ahad ini.
Dalam ucapannya Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan menyentuh keberkesanan kepimpinan dan hala tuju Selangor yang diterajui wakil PKR.

“Memang ada pandangan sedemikian agar kepimpinan negeri memikul tanggungjawab dan dirombak seluruh badan perhubungan negeri,” kata seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya didesahkan, dengan melihat Selangor sebagai bakal kubu kuat bagi PKR dalam pilihan raya umum ke-13.
Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan laporan bedah siasat pilihan raya kecil Hulu Selangor, kelmarin.
PKR meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.
Bagaimanapun PKR tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada Mac 2008. Ia dimenangi oleh BN.
Seorang lagi sumber memberitahu syor tentang perubahan kepimpinan negeri akan dibangkitkan ketika kongres dalam usaha memperkemaskan jentera parti di peringkat negeri.
“Secara kebetulan desakan ini wujud ketika parti hendak mengadakan kongresnya... malah pada kebiasaannya pucuk kepimpinan akan membuat perubahan kepimpinan negeri selepas kongres tahunan.
“Jadi, akan ada perwakilan mengemukakan permintaan ini dan ia berlaku secara kebetulan, desakan ini akan dilihat kuat minggu ini,” kata seorang lagi pemimpin kepada The Malaysian Insider.
Menteri Besar Selangor merupakan Pengerusi PKR negeri dan beliau telah bertindak sebagai pengarah pilihan raya kecil PKR di Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor ialah Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat.
“Walaupun tiada desakan rasmi, secara langsung, jika Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa beliau akan lepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri, beliau akan dilihat sebagai seorang berjiwa besar demi masa depan parti,” katanya.
Bagaimanapun pemimpin ini mengakui adalah tidak adil meletakkan beban itu ke atas bahu Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, semata-mata.
Keberkesanan jentera pilihan raya PKR menjadi fokus persoalan ketika kempen bulan lalu.
Walaupun PKR mempunyai pengalaman menguruskan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau secara langsung ia dikatakan longgar di Hulu Selangor.
Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin secara terbuka mengakui bahawa perlu adanya perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor.
Ahli Parlimen Ampang ini berkata, beliau berpendapat pada masa sekarang tanggungjawab memimpin jentera parti negeri dan pentadbiran kerajaan negeri perlu dipikul berasingan oleh dua yang lain.
“Saya secara peribadi merasakan topi ketua parti negeri dan ketua kerajaan negeri (Selangor) perlu dipikul oleh dua orang yang berlainan,” kata beliau sambil menyangkal beliau mempersoalkan kebolehann Khalid.
“Saya cuma mengambil berat tentang parti. Saya lihat parti perlu diperkuatkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Kini Khalid satu-satunya pemimpin parti negeri turut menyandang jawatan menteri besar.Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.Selangor diterajui pemimpin PKR, Pulau Pinang (DAP) manakala Kedah dan Kelantan (PAS).“Mungkin di parti-parti lain, ketua kerajaan negeri juga memegang jawatan ketua parti negeri.
“Tetapi dalam kes PKR, saya merasakan kita belum bersedia lagi, mungkin satu hari nanti apabila kita sudah kuat, kedua-dua jawatan itu boleh dipegang oleh orang yang sama,” kata beliau dengan mengakui bahawa desakan ini timbul secara kebetulan selepas berakhirnya pilihan raya kecil dan ketika diadakan kongres nasional.
Khalid juga disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.TMI

1 ulasan:

SUARA RAKYAT KUNAK berkata...

Jika ada orang yang cuba isukan nak tukar Pengerusi PKR Selangor, itu adalah pendapat orang bodoh, Negeri Selangor dah cukup baik di bawah kepimpinan datok Khalid Ibrahim, Kekalahan PKR bukan di sebabkan Kepimpinan Datok Khalid, tetapi serangan serangan UBN dengan Pengundi Pengundi Ajaib dan di bantu oleh SPR, cuba anda ingat kembali di wakyu Datok Khalid Ibrahim bertanding PRK Ijok, Datok Khalid kalah kan? tetapi dia bertandin semula di Ijok dalam PRU k 12, dia menang besar, jadi jangan hanya kekalahan PRK Hulu Selangor terus sahaja Pengerusi nak di salahkan, yang membuat isu ini hanyalah orang gila kuasa.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....